Rabu, 13 Februari 2013

Lepasan SPM/STPM : Karnival Pengajian Tinggi Negara "JOM MASUK U"


Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan tagline “JOM MASUK U”.

Karnival Pengajian Tinggi Negara

Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan. Mereka yang mendapat manfaat adalah lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.

Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU dan pemilihan program pengajian yang tepat untuk kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014.

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2013
Di antara aktiviti dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah :
- Pameran Pendidikan 1Dream 2U
- Seminar Peluang Pengajian Tinggi Negara 1Dream 2U bersama pemimpin masyarakat,
- Cabutan Bertuah Jom Masuk U
- Cabutan Perdana Jom Masuk U
- Kuiz Jom Masuk U
- Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
- Semakan syarat khas kelayakan program
- Permohonan Aplikasi Dalam Talian
- Pendaftaran Sahabat UPU
- Info Hut
- Taklimat kenali IPTA / Politeknik / ILKA
- Pertandingan Foto Maya dan Teka Silang Kata
- Liputan radio secara langsung.
- Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U.
Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah
- 20 IPTA
- 100 IPTS terpilih

Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – 
: Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) dan Malaysian Qualification Agency MQA).
Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.
Yayasan Negeri

Agensi pembiayaan pendidikan
: Lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.

Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.

Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang mendapat tawaran.

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2013
Karvinal Jom Masuk U 2013 akan berlangsung seperti berikut;
   
26 – 27 Jan      - Padang Varsiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
02 – 03 Feb - One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
16 – 17 Feb - Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
23 – 24 Feb - MITC, Melaka
02 – 03 Mac - Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kuching, Sarawak
09 – 10 Mac - Sunway Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang
16 – 17 Mac - Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang
22 – 23 Mac - Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak Kuala Terengganu, Terengganu
30 – 31 Mac - Stadium Sultan Muhammed Ke-IV Kota Bharu, Kelantan
06 – 07 April - Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak
13 – 14 April - PERSADA Johor, Johor Bahru, Johor

Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Maklumat
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2013 ini sila hubungi;

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, No.2 Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 Putrajaya.

Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766
Helpline UPU 03-8870 6777
Hot Line UPU 03-8870 6767
Kaunter KPT UPU 03-8870 6778
Faks 03-8870 6864

e-mel upu@mohe.gov.my

Sumber : ePutra

1 ulasan:

  1. Menarik..Berminat untuk permohonan kemasukan pelajar di Segi Unversity bagi bidang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sila Hubungi En Amran 0123791871
    Tolong sebarkan dan Terima kasih. #SPM dan #STPM dan #SEGI #SEGI UNIVERSITY..http://segiintake.blogspot.com/2012/04/permohonan-kemasukkan-ke-segi.html

    BalasPadam