Rabu, 13 Februari 2013

PLKN : TIPS SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PLKN


TIPS BUAT BAKAL PELATIH : 

## Sebelum Ke Kem PLKN

Ketika anda menerima surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyatakan anda terpilih untuk menyertai latihan PLKN, ia ada menyertakan beberapa perkara yang anda perlu lakukan dan senarai peralatan serta peraturan semasa berada di Kem latihan. Ada beberapa perkara yang anda harus lakukan sebelum bertolak ke kem.

1. Medical check-up di hospital dan klinik yang terpilih. (Bagi mereka yang ada masalah kesihatan)
2. Buka Akaun di mana-mana cawangan BSN untuk wang elaun. $$
3. Buat persiapan dari segi pakaian dan peralatan yang perlu dibawa ke kem PLKN.
4. Lengkapkan borang yang dilampirkan bersama surat pemilihan anda. Pastikan borang diisi selengkapnya.
5. Bagi bakal pelatih lelaki, potong rambutr. Untuk menjimatkan masa di dalam kem. Tak perlu beratur.
6.Jaga kesihatan anda. Pastikan anda sihat sebelum ke kem PLKN.

## Ketika Melapor Diri

Selepas melakukan persiapan dari rumah, tibalah waktunya dimana anda diminta melapor diri di tempat berkumpul yang telah ditentukan. Di sini ada beberapa langkah yang berguna untuk anda yang telah terpilih.

1. Pakai Pakaian yang sesuai ketika melapor diri. Jangan berpakaian ketat. Bagi yang tidak bertudung, Pakai la T-Shirt & Seluar Track serta berkasut. Dinasihatkan agar tidak memakai Jeans kerana di dalam kem, Jeans tidak dibenarkan.
2. Datang awal ke tempat berkumpul yang ditentukan. Pastikan anda membawa semua barang yang perlu. Jangan lupa juga untuk membawa borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.
3. Paling penting, jangan lupa bawa Kad Pengenalan anda.

## Semasa di Kem

1. Pastikan anda meminum air putih secukupnya. Lebih 8 gelas pun tidak menjadi masalah kerana anda akan kehilangan banyak air ketika melakukan aktiviti.

2. Jangan sesekali skip makan (Sarapan/Minum Pagi/ Makan Tengahari/ Minum Petang/ Makan Malam/Supper) kerana anda memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melakukan aktiviti dan pihak pengurusan lebih tahu apa yang anda perlukan.

3. Dengar kata-kata jurulatih kerana merekalah 'ibu bapa' anda ketika berada di dalam kem.

4. Bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Kalau boleh libatkan diri sebanyak yang mungkin dalam semua aktiviti. Peluang ini hanya datang sekali, so kalau anda lepaskan, rugi..

5. Bak kata pepatah 'berkawan biar seribu', carilah seberapa banyak kawan yang sama-sama mengikuti PLKN. Merekalah keluarga anda ketika masih di dalam kem. Jangan menyombong diri kerana semua pelatih adalah sama dan anda mungkin akan merindui mereka selepas tamat program PLKN.

6. Cuba tonjolkan diri dan kebolehan anda, mungkin ketika di luar, anda adalah seorang yang pasif tapi cuba untuk jadi seorang yang aktif di dalam kem. Beranikan diri untuk melakukan perkongsian terbuka, beri pendapat dan macam-macam lagi.

## Ketika Tamat Latihan

Selepas tiga bulan, kini tibalah masanya dimana latihan yang anda jalani selama ini tamat. Anda akan dianugerahkan sijil dan juga dilabel sebagai bekas pelatih.

1. Selepas perbarisan tamat latihan, dan sebelum pulang pastikan anda telah menyusun semua barang yang anda bawa kembali di dalam beg anda. Pendek kata, semua barang milik anda. Pastikan tiada yang tertinggal kerana anda mungkin tidak akan dapat mengambilnya semula.

2. Pastikan anda mengembalikan barang yang sepatutnya dikembalikan pada pihak kem. Barang-barang tersebut adalah:-
-Pakaian celoreng (2 pasang)
-Tali Pinggang Medan (1 pasang)
-Boots (1 Pasang)
-Cadar (1 Helai)
-Selimut (1 Helai)

3. Jangan sesekali mengambil barang yang bukan milik anda. Contohnya, Pakaian orang lain, gayung di bilk mandi, baldi ataupun tilam dan bantal.

4. Ketika bertolak pulang, pastikan anda bangun dan bersiap awal. Jangan lupa menaiki bas yang betul!

** Semoga 3 bulan di PLKN membawa 1001 kenangan dan pengalaman buat anda, bakal Wira & Wirawati!

credit to : WarnaPLKN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan