Ahad, 31 Mac 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2013/2014 Lepasan SPM 2012


MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR LEPASAN SPM 2012
  
Dimaklumkan bahawa semakan permohonan kemasukan matrikulasi boleh dibuat LIMA MINGGU selepas keputusan SPM dikeluarkan.

Semakan boleh di buat di : Laman Web Rasmi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (Sila Click)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar : 03- 8884 4036/40

UPDATE :

Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013 dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut :

1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan –
03 8884 4083/4040/4036/4100 pada waktu pejabat bermula 4.00 petang.

2. Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my

3. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Pemohon digalakkan melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

ATAU TERUS KE LAMAN WEB BERIKUT : 

http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/


Logo
Click gambar utk semakan.

Untuk semakan ke tingkatan 6 click link berikut : 


click gambar utk semakan.

Sabtu, 30 Mac 2013

STPM : SPM : PMR : Karangan Ramalan SPM : Karangan Punca Pelajar Ponteng Sekolah


Karangan Ramalan SPM 2013
Karangan Punca Pelajar Ponteng Sekolah

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massaapabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng?

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.


Kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

Khamis, 28 Mac 2013

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) 2013 atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013


Bagi anda yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) 2013 atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013, berikut adalah berita baik kepada anda semua.
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:
KETERANGAN PROGRAM:
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Klik SINI untuk iklan permohonan.

KPLSPM 2013
STRUKTUR PROGRAM:
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.   DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
  • Bahasa Melayu;
  • Sejarah;
  • Satu (1) mata pelajaran yang lain;  serta
  • lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:
1.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
CARA MEMOHON:
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013Permohonan secara atas talian hanya boleh dibuat mulai jam 2 petang, 22 Mac 2013 (Jumaat).
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP:
Tarikh tutup 31 Mac 2013 (11.59 Malam)

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC & SMA/SMU Ambilan Khas Jun 2012
Adalah dimaklumkan juga bahawa Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2013 akan dibuka pada tarikh yang sama dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013 di atas.
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah:  Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa

  • Keterangan lain berkenaan program ini boleh didapati dalam iklan yang sama.
PERTANYAAN
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN PEMGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFON: 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SABAH
D/A INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH
NO. TELEFON: 088-236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SARAWAK
JALAN COLLEGE93259 KUCHING, SARAWAK.
NO. TELEFON: 082-258045

KEMASKINI INFO DARI SEMASA KE SEMASA
Kemaskini 22 Mac 2012 – 2.05 p.m: Laman web untuk permohonan KPLSPM 2013 masih belum diaktifkan. Pautan ke laman web tersebut akan dikemaskini di sini nanti jika sudah ada. Anda juga boleh terus ke laman www.moe.gov.my untuk mengikuti perkembangan terkini. Harap dapat bersabar.
Kemaskini 22 Mac 2012 – 2.15 p.mLaman web untuk permohonan online KPLSPM 2013 telah dibuka. Sila lawati lamanhttp://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm untuk membuat permohonan. Terima kasih
Ketahui tips tips temuduga Kursus Perguruan Lepasan SPM IPGM MAKTAB terkini :
Click here >>> Tips Temuduga IPG / MAKTAB / KPLSPM
Credit to : http://kulanzsalleh.com

Jadual Peperiksaan Timetable (Draf) UPSR 2013, PMR 2013, SPM 2013, STPM 2012/2013

Berikut merupakan Jadual Peperiksaan Timetable (Draf) Bagi calon :
1. UPSR 2013
2. PMR 2013
3. SPM 2013
4. PENGGAL 2 STPM 2012/2013

Sebarang perubahan tertakluk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jadual Peperiksaan UPSR 2013

www.moe.gov.my/lp/files/upsr/2013/JWP UPSR 2013 Calon Biasa.pdf

Jadual Peperiksaan PMR 2013

www.moe.gov.my/lp/files/pmr/2013/JWP PMR 2013 Calon Biasa.pdf

Jadual Peperiksaan SPM 2013

www.moe.gov.my/lp/files/spm/2013/DRAF 2 JADUAL WAKTU SPM 2013.pdf

Jadual Peperiksaan Penggal 2 STPM 2012/2013
http://www.mpm.edu.my/documents/10156/22d18ba3-ab01-4893-9c61-1a570c0a3281

Jumaat, 8 Mac 2013

Takwim Peperiksaan Awam 2013 UPSR PMR SPM dan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR PMR SPM 2013

Berikut merupakan Takwim Peperiksaan Awam 2013. 

Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU)
Bertulis
> 11 - 12 Jun 2013 (Selasa - Rabu)

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 
Bertulis
> 10 - 12 September 2013 (Selasa - Khamis)

Penilaiaan Menengah Rendah (PMR) 
Bertulis
> 2 - 3 Oktober 2013 (Rabu - Khamis)
> 7 - 9 Oktober 2013 (Isnin - Rabu)

Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) 
Lisan
> 8 - 19 Julai 2013 (Isnin - Khamis)

Bertulis
> 21 - 23 Oktober 2013 (Isnin - Rabu)
> 28 - 29 Oktober 2013 (Isnin - Selasa)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bertulis
> 6 - 29 November 2013
> 2 - 5  Disember 2013

Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)
> 29 - 30 April 2013
> 2 - 17 Mei 2013 

Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)
> 7 - 25 Oktober 2013 

Pentaksiran Pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
> 21 - 23 oktober 2013 


 *Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan

Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

PEPERIKSAAN TALIAN
UPSR 03 - 8884 3382
PMR 03 - 8884 3394
SPM 03 - 8884 3330
STAM 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri 03 - 8884 3346

***
Bagi STPM Modular Baharu dan MUET, takwimnya adalah seperti berikut :


KALENDAR PEPERIKSAAN MUET :


*sila click gambar untuk tumbesaran atau terus ke link berikut http://www.mpm.edu.my/documents/10156/6a8515e5-b5e8-4e3f-ad1b-fac07004c4b9

Nota : Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

KALENDAR PEPERIKSAAN 
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) BAHARU 2013 :


*sila click gambar untuk tumbesaran atau terus ke link berikut http://www.mpm.edu.my/documents/10156/69ffd779-8c9b-4d8d-a191-f6426489a443

Nota:
1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM sedia ada (terminal 2012) boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.
4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2012 akan dilaksanakan pada penggal 2 tetapi tempoh penghantaran PBS tersebut akan dilanjutkan dan tarikh penghantarannya akan dimaklumkan kemudian oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-61369663 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my


P/S : Untuk jadual waktu Peperiksaan / Timetable UPSR 2013, PMR 2013, SPM 2013 :
Sila click :
1. JADUAL PEPERIKSAAN TIMETABLE UPSR 2013
2. 
JADUAL PEPERIKSAAN TIMETABLE PMR 2013
3. JADUAL PEPERIKSAAN TIMETABLE SPM 2013


Khamis, 7 Mac 2013

SPM : SOALAN DAN SKEMA BAHASA MELAYU SPM (Tingkatan 4 & 5) Final dan Trial Terengganu, SBP, Perak, Johor, Melaka, Selangor, Pahang, TIMES


SOALAN
BAHASA MELAYU SAHAJA

Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2000, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2000, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2001, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2001, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2002, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2002, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2003, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2003, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2004, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2004, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Percubaan SPM 2005, Terengganu

Kertas 2, Percubaan SPM 2005, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2007, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2007, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Pahang
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Pahang
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Sek Berasrama Penuh
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Sek Berasrama Penuh
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, TIMES
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, TIMES
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Melaka
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Melaka
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Terengganu 
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Terengganu 
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Sek Berasrama Penuh 
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Sek Berasrama Penuh 
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Perak
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Perak
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Johor 
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Johor 
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2008, Ting 4, Terengganu 
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2008, Ting 4, Terengganu 
Kertas 1, Sem 1 Ting 5 2009, Terengganu 
Kertas 2, Sem 1 Ting 5 2009, Terengganu
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Perlis
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Perlis
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Pahang
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Pahang
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Sek Berasrama Penuh
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Sek Berasrama Penuh
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Selangor
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Selangor
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Sabah
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Sabah
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Perak
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Perak
Kertas 1, Pertghn Tahun 2010 Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pertghn Tahun 2010 Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pertghn Tahun 2010 Ting 5, Terengganu
Kertas 2, Pertghn Tahun 2010 Ting 5, Terengganu
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Terengganu 
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Terengganu 
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, SBP
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, SBP
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Kelantan
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Kelantan
Kertas 1,Percubaan SPM 2010, Johor
Kertas 2,Percubaan SPM 2010, Johor
Kertas 1,Percubaan SPM 2010, Perak
Kertas 2,Percubaan SPM 2010, Perak
Kertas 1,Percubaan SPM 2010, Melaka set 1
Kertas 2,Percubaan SPM 2010, Melaka set 1
Kertas 1,Percubaan SPM 2010, Melaka set 2
Kertas 2,Percubaan SPM 2010, Melaka set 2
Kertas 1,Percubaan SPM 2010, Melaka
Kertas 2,Percubaan SPM 2010, Melaka
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2010, Ting 4, Trg
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2010, Ting 4, Trg

JAWAPAN
BAHASA MELAYU SAHAJA

Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2000, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2000, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2001, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2001, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2002, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2002, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2004, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2004, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Percubaan SPM 2005, Terengganu 
Kertas 2, Percubaan SPM 2005, Terengganu 
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2007, Ting 4, Terengganu 
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2007, Ting 4, Terengganu 
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Pahang
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Pahang
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Sek Berasrama Penuh 
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Sek Berasrama Penuh 
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, TIMES
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, TIMES
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Melaka
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Melaka
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Terengganu 
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Terengganu 
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Perak
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Perak
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Johor 
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Johor 
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Perlis
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Perlis
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2008, Ting 4, Terengganu 
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2008, Ting 4, Terengganu 
Kertas 1, Sem 1 Ting 5 2009, Terengganu 
Kertas 2, Sem 1 Ting 5 2009, Terengganu 
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Pahang
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Pahang
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Sek Berasrama Penuh 
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Sek Berasrama Penuh
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Selangor
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Selangor
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Sabah
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Sabah
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Perak
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Perak
Kertas 1, Pertghn Tahun 2010 Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pertghn Tahun 2010 Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pertghn Tahun 2010 Ting 5, Terengganu
Kertas 2, Pertghn Tahun 2010 Ting 5, Terengganu
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Terengganu 
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Terengganu 
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, SBP
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, SBP
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Kelantan
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Kelantan
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Johor
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Johor
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Perak
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Perak
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Melaka set 1
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Melaka set 1
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Melaka set 2
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Melaka set 2
Kertas 1, Percubaan SPM 2010, Selangor
Kertas 2, Percubaan SPM 2010, Selangor
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2010, Ting 4, Trg
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2010, Ting 4, Trg

PERHATIAN
*Untuk Proses mendownload-Klik Kanan Mouse anda-pilih save target-save*
Pastikan anda simpan pada satu folder khas untuk mengelakkan kekeliruan..

Credit : http://mathgayapos.blogspot.com