Ahad, 5 Mei 2013

KEPUTUSAN MUET MARCH 2013 / MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) March 2013 Result


Keputusan Ujian Muet Sesi Mac 2013 Diumum 6 Mei


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
March 2013 Result


KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Mac 2013 melibatkan 40,378 calon akan dikeluarkan pada 6 Mei ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam kenyataan Khamis berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUETRESULT dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 6 Mei 2013.

Mereka juga boleh bebuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://webmpm.mpm.edu.my/muet_result/ mulai 9 pagi, 6 Mei.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 14 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM.

Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei ini.

-- BERNAMA

CLICK GAMBAR UTK SEMAK

Lepasan SPM/STPM : Semakan Panggilan Temuduga PISMP Ambilan Jun 2013

Semakan Panggilan Temuduga PISMP Ambilan Jun 2013 boleh disemak bermula pada 06 Mei 2013 hingga 17 Mei 2013. 

http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/temuduga/login.cfm


Semakan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP | Keputusan nama calon yang berjaya untuk panggilan temuduga boleh diperolehi pada 6 Mei 2013. Selain itu, anda juga boleh menyemak melalui aplikasi online pada tarikh yang telah ditetapkan.

Terdahulu, calon lepasan SPM 2012 yang berminat dalam bidang perguruan telah membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia sesi ambilan Jun 2013 pada 22 Mac dan tarikh tutup permohanan pada 31 Mac.

Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa

Bagi calon yang berjaya dipanggil untuk proses temuduga perlu membawa dokumen penting seperti;
  • Mencetak surat tawaran panggilan temuduga
  • Borang butiran diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat
Dokumen yang diminta akan ada pada laman aplikasi semakan nanti, apabila calon disahkan berjaya untuk panggilan temuduga setelah membuat semakan tersebut.

Maklumat Penting dan Proses Pemilhan Temuduga
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013


Calon boleh menyemak panggilan temuduga pada tarikh yang akan diumumkan secara rasmi menerusi Portal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Anda boleh menyemak dengan klik pada pautan:



Tarikh Penting KPLSPM 2013


Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2013 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamathttp://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.


Tarikh Penting KPLSPM 2013



Sila layari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

Sekian, harap maklum.