Ahad, 13 Oktober 2013

Soalan Ramalan Karangan BM SPM 2013

Soalan Ramalan Karangan SPM 2013
TOPIK TOPIK PENTING

1. Cara cara mengharumkan nama sekolah

2. Tanggungjawab keluarga dalam memupuk amalan membaca

3. Amalan berjimat cermat dan menabung

4. Jenayah pemerdagangan manusia

5. Konsep sekolah penyayang / Cara menghargai guru

6. Sifat sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki

7. Langkah langkah memelihara peninggalan sejarah (bangsa / bangunan sejarah)

8. Punca punca kemerosotan bekalan makanan dunia

9. 1 Murid 1 Sukan

10. Peranan ibu bapa dalam mengalakkan anak anak menjaga alam sekitar.

*Ramalan dari Seminar Skor A
*Beri perhatian pada tajuk yang diboldkan.
*Hanya RAMALAN

Credit : Fathirah Nadia http://fnadelifetimestory.blogspot.com/



Ahad, 6 Oktober 2013

Sesi Soal Jawab

Banyak sangat soalan yang sama ditanya. Nahh, kat bawah ni ada beberapa jawapan yang mungkin dapat menjawab teka teki soalan anda. Sebarang pertanyaan boleh terus comment, atau hubungi terus dengan klik kotak-kotak kat atas tu. Terima Kasih :)

SOALAN (1): 
SITI NURUL AIN :
" AMBILAN UNTUK TAHUN 2014 BULAN JANUARI BILAKAH TARIKHNYA.BAGAIMANAKAH CARANYA DAN PEMBAYARANNYA BERAPA.ADAKAH MEMERLUKAN NO PIN "

JAWAPAN (1):
Setiap tahun pengambilan hanyalah pada bulan Julai dan November. Permohonan hanyalah melalui no pin. Cara pembelian no pin boleh rujuk post : Permohonan Kemasukan ke UITM sesi November 2013 . Harap maklum.

SOALAN (2): 
alin ismail, shazleen7@yahoo.com
"assalamualaikum admin. sy nak tnye. dlu sy ade mohon untuk uitm second intake. dye tulis pada bulan november tak silap sy. untuk diploma accountancy. tpi bru2 ni sy dtawarkan untuk IIC. sy tolak sbb nak tggu uitm ni. tp org tu ckp mane ade diploma punye twrn untuk uitm. just pradiploma je ade. betol ke admin?? sbb sy dah mmg mohon dah aritu. dan sy pasti sy mohon untuk DIPLOMA bukannye pradiploma. admin please tlg sy. dan admin tau tak bile agak2 keputusan untuk second intake ni keluar?? please balas secepat mungkin admin huhu :(( "

JAWAPAN (2):
Permohonan sesi november menawarkan Program Diploma/Asasi Undang-Undang/Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina Sesi Akademik 2 2013/2014 sahaja. tapi tak silap ada juga pra diploma. Kalau rasa was-was check terus detail permohonan dekat web site http://online.uitm.edu.my/ atau post admin sebelum ni http://upsrpmrspmstpmtips.blogspot.com/2013/06/permohonan-kemasukan-ke-uitm-sesi.html 
Keputusan berkemungkinan akan keluar 21 Oktober 2013.

SOALAN (3): 
suzylawani bt ramli, suzy_iela@yahoo.com
"bila tarikh keputusan second intake keluar bagi pengambilan bulan disember?"

JAWAPAN (3):
Keputusan permohonan sesi november UITM kemungkinan akan keluar pada 21 Oktober 2013.

SOALAN (4): 
siti hajar, febuarians95@gmail.com
"bila kputusan second intake keluar??kebiasaannye pade bulan berapa & berapa haribulan??"

JAWAPAN (4):
Keputusan permohonan sesi november UITM kemungkinan akan keluar pada 21 Oktober 2013.

SOALAN (5): 
Muhamad Izzat Shafiq, izz.cool@yahoo.com
"salam... saya ni student fom 6... kalau saya mohon second intake tuu boleh...???? "

JAWAPAN (5):
Sure, boleh. :)

SOALAN (6): 
muhammad fathy akmal
"assalamualaikum,,saya telah mahu menghadapi percubaan PMR 2 hari lagi tetapi saya mahu pendapat kamu cara menjadi murid yang mendapat 8A .....SAYA MOHON TOLONG LAH BANTU SAYA SAYA SUDAH BUAT LATIHTUBI TETAPI MASIH GAGAL bagi la saya tip......"

JAWAPAN (6):
Wa'alaikumussalam. Ingat keyword ni. DUIT.
D - Doa
U - Usaha
I - Ikthiar
T - Tawakal

InsyaAllah boleh. Moga Allah permudahkan urusan kamu. :)

SOALAN (7): 
ariani, norariani73@gmail.com
"saya nak tanya, status bumiputra tu mcm mne ye,,"

JAWAPAN (7):
Takrif bumiputera boleh check kat sini. http://online.uitm.edu.my/takrif_bumi.cfm

SOALAN (8): 
amir shahkir bin hassim
"selamat pagi...result tak seberape,tp ade pluang ke nk msok ke mne2 pusat kemahiran,? masa buka permohonan bile? cara nk buat permohonan mcm mne?...serius...thank you "

JAWAPAN (8):
Selamat tengah hari. Boleh je InsyaAllah. Sesetengah pusat kemahiran, permohonannya dibuka sepanjang masa dan sesetengah lagi dibuka pada pengambilan tertentu. Btw, awak boleh cuba mohon dengan click link ni:

Rayuan masuk ke IKM / KKTM
http://www.ekemahiran.edu.my/userfiles/file/Borang/BORANG_RAYUAN_KEMASUKKAN_KE_IKM_KKTM.pdf hantar dekat alamat yang tertera dibawah nya.

GMI Online Application
http://www.gmi.edu.my/onlineapp/

Kolej Polytech Mara 
http://www.kptm.edu.my:8001/cms/smp/index3.php?l1=Application&l2=Online

atau terus klik sini untuk keterangan lanjut http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Link saya bagi tu kebanyakkan dibawah tajaan MARA. Tapi awak boleh mohon kemahiran lain contoh Kolej Komuniti, Giat Mara. Borang boleh terus dapat kat Kolej Komuniti atau Giat Mara berdekatan dengan tempat awak. Terima Kasih.

SOALAN (9): 
FaRa HieMa . aulia_firdiena@yahoo.com
"PISMP 2013 ada ambilan selain JUN tak?? sebab saya berminat sangat tetapi ketinggalan kerana tidak membaca iklan ambilan jun sebelum ini... "

JAWAPAN (9):
Tiada, pengambilan bagi KPLSPM PISMP hanyalah sekali setahun. Permohonan selalu nya dibuka selepas keputusan SPM diumumkan. Boleh cuba mohon tahun hadapan.

SOALAN (10): 
"salam sy nak tanya kemungkinan kan uitm nak terima tak kalau bi lulus je? sy takut lah sebab sy tunggu uitm je nih. sy sedih n konfius sekarang. bole tlg?"

JAWAPAN (10):
InsyaAllah diterima. Check syarat kelulusan untuk lebih kepastian.

SOALAN (11): 
"Bila keputusan intake november UITM keluar?"

JAWAPAN (11):
21 Oktober 2013 InsyaAllah. :)