Rabu, 27 Jun 2012

STPM : Karangan Isu PTPTN (Wajar atau tidak pemansuhan PTPTN)


Karangan Format STPM.
Karangan ISU PTPTN - Wajar atau tidak wajar pemansuhan PTPTN kepada pelajar. 

Di bawah adalah karangan penuh berkaitan isu PTPTN, secara kesimpulannya karangan tersebut mengatakan tidak wajar pemansuhan PTPTN kepada pelajar diteruskan.

Karangan Penuh :

 Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan berita berkenaan cadangan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).  Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Sebelum ini, isu berkenaan pemansuhan PTPTN tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum, jika ada, ia hanya sekadar perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan. Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan berlakunya peninggkatan jumlah kes berkenaan kesan pemansuhan PTPTN kepada negara seperti yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini turut ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin dalam majlis yang diharidir beliauu baru-baru ini.  Pelbagai kesan akan berlaku pada negara sekiranya cadangan untuk memansuhan PTPTN diteruskan.

 Salah satu kesan pemansuhan PTPTN ialah negara terpaksa berhutang. Secara umumnya, berhutang dapat dijelaskan sbagai  pinjaman wang dan lain-lain daripada seseorang atau pihak tertentu. Kerajaan terpaksa membuat pinjaman wang dari bank negara untuk menampung kos pengajian pelajar. Apabila kerjaan berhutang, kerajaan juga terpakasa menaikkan cukai dan menarik kembali subsidi. Oleh itu, negara dapat membiayai kos pengajian pelajar. Hutang negara telah mencatatkan RM432.7 billion, dan jika pemansuhan ptptn diteruskan, hutang negara akan meningkat dua kali ganda sebelumnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo baru baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemansuhan PTPTN akan menyebabkan negara terpkasa menanggung hutang ngera yang tinggi.

 Selain itu, kesan lain juga ialah kerajaan terpaksa mencari sumber wang lain. Sumber wang dapat dijelaskan sebagai punca wang diterima dan didapati. Sumber wang dapat diperolehi melalui pinjaman, hasil ekonomi dan sebagainya. Kerajaan terpaksa mencari sumber lain dengan mengurangkan subsidi dan menaikkan cukai dan ianya memerlukan wang rakyat yang banyak. Oleh itu, rakyat akan terbeban dengan kenaikkan cukai dan pengurangan subsidi yang dibuat oleh kerajaan. Kesannya jelas apabila rakyat terpaksa menanggung beban dengan perlu membayar bermacam-macam byaran dan ini akan meningkatkan perbelanjaan bulanan mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemansuhan PTPTN akan menyebabkan kerajan terpaksa mencari sumber wang lain.

 Di samping itu, pemansuhan PTPTN akan menyebabkan negara muflis. Muflis dapat dijelaskan sebagai kebankrapan seseorang atau pihak tertentu dalam membayar hutang atau melunaskannya. Pemansuhan PTPTN memerlukan perbelanjaan yang tinggi iaitu RM43 billion untuk memansuhkannya dan ianya merupakan jumlah yang besar buat kerajaan untuk menanggungnya. Oleh itu, pembaziran wang rakyat dan ianya membebankan rakyat. Jumlah yang banyak tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih penting antaranya meningkatkan prasarana lain seperti taraf kesihatan rakyat, pendidikan dan sebagainya. Hal ini jelas menunjjukan bahawa negara akan muflis jika pemansuhan PTPTN diteruskan.

 Dalam pada itu, pemansuhan PTPTN juga akan menyebabkan pelajar malas untuk belajar. Malas dapat dijelaskan sebagai keengganan pelajar untuk belajar dan menuntut ilmu. Apabila seseorang itu malas untuk belajar dan menuntut ilmu, ia akan merugikan masa dan wang yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam menampung kos perbelanjaan pelajar dan ini jelas menunjukkan ketidakhargaian pelajar terhadap apa yang diberikan oleh kerajaan. Oleh itu, pembaziran wang dan masa akan berlaku. Perkara ini jelas dibuktikan apabila pelajar tidak menghargai pemberian kerajaan malah kerap kali ponteng kelas samaada di IPTA, atau di IPTS. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemansuhan PTPTN akan menyebabkan pelajar malas untuk belajar.

 Selain itu, pemansuhan PTPTN juga akan membawa kepada peningkatan taraf hidup rakyat. Taraf hidup dapat dijelaskan sebagai tingkat kehidupan sesebuah masyarakat. Apabila pemansuhan PTPTN dilaksanakan, rakyat perlu membayar bermacam-macam jenis bayaran antaranya cukai dan ini akan membebankan mereka kerana mereka terlebih dahulu telah dibebankan dengan bayaran lain seperti sewa rumah, kereta, bil air dan api, dan perbelanjaan harian. Rakyat yang berpendapatan rendah pula terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana bayaran yang dikenakan kerajaan perlu dijelaskan dalam tempoh yang terhad. Perkara ini dibuktikan melalui peningkatan kos taraf hidup rakyat negara ini seperti yang telah dilaporkan dalam Berita Harian barubaru ini. Hal ini jeals menunjukkan bahawa pemansuhan PTPTN akan membawa kepada peningatan taraf hidup.

 Kesimpulannya, pemansuhan PTPTN akan meninggalkan perlbagai kesan kepada negara. Antara kesan pemansuhan PTPTN ialah negara terpaksa berhutang, negara terpaksa mencari sumber wang lain, menyebabkan negara muflis, menyebabkan pelajar malas serta tidak menghargai pemberian kerajaan dan menyebabkan peningkatan taraf hidup rakyat. Oleh sebab pemansuhan PTPTN boleh meninggalkan pelbagai keasan, langkah-langkah yang drastik perlu diambil untuk menangani fenomena ini. Antaranya adalah dengan meyediakan biasiswa kepada setiap pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dan jumlahnya bergantung kepada tahap pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapan beliau sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara.  Oleh itu, semua pihak, iaitu orang perseorangan, pelajar, masyarakat umum, pihak swasta, kementerian dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara ini. Kerjasama ini amat penting dan bersesuaian pula dengan pelaksanaan konsep 1Malaysia.

- Credit to : Student Form 6 SMKSM

Sabtu, 23 Jun 2012

Soal Jawab Tawaran & Rayuan Kemasukan TEVT & ILKA 2012


Seramai 85,435 orang calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah ditawarkan memasuki Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi 2012/2013.

Jumlah ini mencatat peningkatan sebanyak 8.4% berbanding tawaran sesi lalu sebanyak 78,780 calon. Seramai 84,578 calon yang ditawarkan tempat adalah lepasan SPM, manakala selebihnya lulusan SKM. Majoriti calon atau seramai 70,625 orang adalah daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Sementara itu seramai 59 calon yang mendapat tawaran adalah Orang Asli, 293 orang kelainan upaya (OKU) dan 741 atlet yang pernah mewakili negeri atau negara.
Soal Jawab Tawaran & Rayuan TEVT & ILKA

Sebelum ini seramai 46,698 pemohon lepasan SPM dan setaraf telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program asasi dan diploma bagi sesi akademik 2012/2013 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier.

Bagi membantu mereka yang masih mempunyai kemusykilan, dikumpulkan di sini beberapa persoalan dan panduan mengenai tawaran dan rayuian kemasukan ke TEVT dan ILKA. Maklumat ini dikumpul dari laman web dan Facebook ePutra serta UPU.


Kenapa saya mendapat tawaran selain daripada pilihan yang dibuat semasa permohonan?

Sebab utamanya adalah program yang anda pilih itu telah penuh ditawarkan kepada pemohon lain yang mempunyai markah merit lebih tinggi. Memandangkan ada sesetengah program masih kosong kerana kurang permintaan. sistem UPU menawarkan tempat itu kepada pelajar yang markah meritnya masih tinggi.

Secara amnya berjaya atau gagal mendapat tawaran tertakluk kepada 3 perkara utama:
  1. 1. Pilihan program pengajian yang anda minta.
  2. 2. Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh TEVT/ILKA bagi program berkenaan.
  3. 3. Persaingan dari segi markah merit, mereka yang mempunyai markah merit lebih tinggi akan didahulukan.


Saya telah mendapat tawaran ke TEVT/ILKA, bagaimana dengan permohonan rayuan ke IPTA, terbatal atau akan terus dipertimbangkan?

Permohonan rayuan ke IPTA akan tetap diproses dan jika layak dan dipilih oleh IPTA, anda akan mendapat tawaran.


Selepas membuat semakan di laman web UPU, saya berjaya ditawarkan program ke TEVT/ILKA tetapi tidak pula diberitahu secara lengkap nama program dan di mana pusat latihan?

Mereka yang berjaya ke TEVT/ILKA boleh menyemak butiran lengkap tawaran, mencetak dan membuat pengesahan penerimaan surat tawaran mulai 4hb Jun 2012 melalui laman web rasmi institusi TEVT & ILKA yang berkenaan.


Apakah URL institusi TEVT/ILKA?

  1. - Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pengajian Tinggi http://www.politeknik.edu.my/
  2. - Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi http://www.jpkk.edu.my/ 
  3. - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia http://www.ekbs.gov.my/
  4. - Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Kementerian Sumber Manusia http://www.jtm.gov.my/
  5. - Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia http://www.ciast.gov.my/ 
  6. - Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia http://www.moa.gov.my/natc
  7. - Majlis Amanah Rakyat (MARA) http://www.ekemahiran.edu.my/


Saya tidak berjaya mendapat tawaran ke TEVT/ILKA. Bagaimana saya nak buat rayuan?

Bagi pemohon yang tidak berjaya ke TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan Julai 2012 mereka boleh membuat rayuan terus kepada Institusi TEVT & ILKA mulai 30hb Mei hingga 9hb Jun 2012 iaitu dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan diumumkan.
Senarai laman web TEVT/ILKA tersebut adalah seperti di atas.


Bilakah keputusan rayuan ke TEVT/ILKA akan diumumkan?

Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2012. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari TEVT & ILKA 4 minggu selepas tarikh pendaftaran ke TEVT & ILKA berkaitan, maka rayuan pemohon dianggap gagal.


Bilakah tarikh pendaftaran pelajar baru?

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke institusi TEVT & ILKA akan bermula dari 25 Jun 2012 hingga 9 Julai 2012.


Bagaimanakah penempatan untuk calon yang berjaya untuk ke Politeknik?

Penempatan anda ke sesuatu Politeknik adalah berdasarkan kekosongan tempat dan ianya diuruskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik.


Mengapa saya mendapat tawaran ke Politeknik untuk sesi bulan Disember?

Politeknik memang membuat pengambilan sebanyak dua sesi setiap tahun iaitu kemasukan sesi Jun dan kemasukan sesi Disember.


Apakah dasar pemilihan pelajar ke institusi TEVT/ILKA?

Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke institusi TEVT/ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM dan SKM adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% markah status sosio ekonomi untuk menentukan nilai merit seseorang calon.


Bagaimana jika saya terlepas untuk membuat permohonan atau gagal mendapat tawaran ke TEVT/ILKA?

Pelajar yang gagal boleh membuat permohonan ke institusi TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan seterusnya iaitu sesi Disember 2012/Januari 2013. Permohonan biasanya dibuka sekitar bulan September/Oktober

Permohonan ini akan dikendalikan sendiri oleh institusi TEVT & ILKA yang berkenaan, oleh itu permohonan perlu dibuat terus ke institusi yang berkenaan dan bukan melalui UPU.

    Maklumat

    Sebarang pertanyaan yang berkaitan tawaran dan rayuan kemasukan ke institusi TEVT & ILKA ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my

    Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada institusi TEVT & ILKA yang berkenaan, sila rujuk senarai TEVT & ILKA seperti di atas.

    Credit to : ePutra.com

    PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI AKADEMIK 2 2012/2013 (Permohonan UITM Intake Second November, Disember / Penerapan / Profesional)


    PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM
    SESI AKADEMIK 2 2012/2013

    Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.

    Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai  2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 2 Julai  2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

    Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip , tiada pemulangan bayaran.


    Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai  2012 (Isnin).
     Tarikh tutup  permohonan online pada 26 Ogos  2012 (Ahad).

    Lihat bawah : (Klik untuk tumbesaran)


    NOTA:
    ·         Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my

    ·         Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD)  sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my


    PERTANYAAN
    Program yang Ditawarkan
    Dekan,
    Nama Fakulti Yang Berkenaan

    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
    No. Tel : 03-5544 2000
    http://www.uitm.edu.my
    Pengambilan dan Keputusan Permohonan
    Pengarah,
    Bahagian Pengambilan Pelajar,

    Bangunan UiTM International Centre (UIC)
    Universiti Teknologi MARA,
    40450 Shah Alam
    Selangor.
    No Tel: 03-55443164 / 3165 / 3166 / 3174 / 3175
    www.pengambilan.uitm.edu.my
    email :
    bpp@salam.uitm.edu.my



    Ahad, 17 Jun 2012

    Semakan Calon PLKN 2013 | Tarikh Semakan Calon PLKN 2013 | PLKN 2013 |

    Tarikh Semakan PLKN 2012. 

    Buat masa ini, semakan PLKN Siri 10/2013 masih belum dikeluarkan dan kebiasaannya senarai nama semakan PLKN akan di keluarkan selepas kumpulan 3 tamat menjalani latihan dan selalunya di hujung tahun.

    Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih ragu-ragu berkaitan PLKN, anda masih boleh membuat pertanyaan / aduan / cadangan secara terus dengan emelkan pertanyaan / aduan / cadangan tersebut ke upsrpmrspmstpm@yahoo.com, atau terus ke laman fan page di facebook http://www.facebook.com/PLKN2012 atau terus membuat pertanyaan / aduan / cadangan ke website rasmi PLKN http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=2897


    Aduan / Pertanyaan / Cadangan /
    Email ke : upsrpmrspmstpm@yahoo.com
    Laman Fan Page Facebook PLKN : http://www.facebook.com/PLKN2012
    Maklumbalas di website PLKN : http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=2897
    Website Rasmi PLKN : http://www.khidmatnegara.gov.my




    Pro / Contra Matrik, Diploma, Asasi, Form 6 dan Sijil.






    Sebenarnya, tempat kita nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian kita. Selebihnya adalah dari ini inisiatif kita termasuklah ‘nasib’. Kalau usaha di tambah dengan nasib tambah minat tambah rezeki kita itu baik, maka, gempak lah result kita. Kalau tak, memang tak la.
    Kelebihan dan kekurangan bagi Matrikulasi, Asasi,diploma,Tahmidi, tingkat 6 dan sijil adalah seperti berikut:

    Matrikulasi

    1.Di bawah kerajaan – Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi.(Pro)
    2.Nak masuk susah (Contra)
    3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
    4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju(Contra)
    5.Kurang praktikal (Contra)
    6.Perlukan result yang gempak. atau  akan di tendang.(Contra)
    7.Matrik, anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
    8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

    Asasi / Foundation

    1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
    2.Nak masuk susah (Contra)
    3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
    4.Kurang praktikal (Contra)
    5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
    6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
    7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

    Diploma

    1.Masa pembelajaran yang panjang – Biasanya 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
    2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi dan Tingkat 6 (Pro)
    3.Lebih peluang kerja – Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + IjazahDiploma + Ijazahakan menang. (Pro)
    4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrikulasi – Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
    5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
    6.Mungkin melekakan. (Contra)
    7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi. (Pro)

    Tahmidi (USIM)

    1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
    2.Perlu power bahasa arab.

    Tingkat 6

    1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
    2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
    3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan. (Super Pro)
    4.Nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains (Super Pro)
    5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
    6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrikulasi. (Pro)
    7.STPM science stream, anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dah boleh kalahkan matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 (Pro)

    Sijil

    1.Pra- U (Contra)
    2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
    3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
    4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
    5.Tidak digalakkan ambil Sijil.

    SPM : Karangan Isu Penderaan Kanak-Kanak (Sebab Berlaku)


    CONTOH KARANGAN RAMALAN SPM 2012

    Soalan :

    Isu penderaan kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita tentang kanak-kanak yang didera sering dipaparkan.

    Pada pendapat anda, mengapakan gejala ini berlaku?

     Memang tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak itu seperti kain putih. Dia dilahirkan dalam keadaan bersih dan tidak berdosa, dan kedua-dua ibu bapa merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kain putih tersebut. Ini menunjukkan peranan ibu bapa yang begitu afdal dalam menentukan anak yang dilahirkan menjadi insan yang sempurna. Si anak perlulah diberi kasih sayang yang secukupnya. mereka haruslah dibelai, didodoi, dan diberi segenap perhatian. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku, harapkan pagar dan pagar makan padi. Pada hakikatnya, kenyataan ini mempunyai kebenarannya. Ini telah terbukti apabila sesetengah ibu bapa terlibat dalam penderaan kanak-kanak. Jika diselak dada akhbar sesekali kita akan digemparkan dengan berita penderaan kanak-kanak yang dipaparkan di dada akhbar. Mengapakah fenomena negatif ini akan berlaku? Adakah ibu bapa telah melupakan tanggungjawab mereka dalam mencorakkan kain putih tersebut? Kita semua haruslah mengkaji masalah ini secara mendalam dan berusaha dengan giat bagi mengatasi masalah yang semakin kronik dan melarat ini dengan konsep jika tiada angin yang bertiup masakan pokok akan bergoyang dan dengan keyakinan bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.

     Salah satu punca berlakunya fenomena negatif ini adalah kerana masalah dalaman sesebuah keluarga. Kajian menunjukkan penderaan sering dilakukan oleh orang yang berdekatan atau mempunyai pertalian darah dengan anak-anak yang menjadi mangsa. Contohnya, pihak yang biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan kanak-kanak termasuklah ibu bapa, ayah dan ibu tiri, ataupun ibu dan bapa saudara. Dalam banyak kes, penderaan dilakukan oleh ibu bapa yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan yang rapuh antara suami dan isteri akibat daripada campur tangan pihak ketiga. Apabila keadaan ini berlaku, produktiviti terhadap kerja ibu bapa tentulah akan merosot. Mereka seterusnya akan diberi tekanan oleh majikan supaya meningkatkan produktiviti. Kalau tidak, ibu bapa akan menghadapi risiko untuk dipecat oleh majikan. Dalam perjalanan pulang ke rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang akan menambahkan ketegangan mereka. Apabila sampai di rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi karenah anak-anak yang selalunya menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Semua masalah yang bertali arus ini amat menekan perasaan. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila ditambah pula dengan kenaikan harga minyak belakangan ini yang menyebabkan kos kehidupan semakin tinggi. Apabila tertekan, ibu bapa pula akan menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan geram dan anak-anak itu didera.

     Selain itu, sejarah hitam ibu bapa pada masa kecil juga menjadi satu punca berlakunya penderaan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering dilakukan oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa mereka dalam alam kanak-kanak dahulu. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penderaan dan anak-anak mereka pun patut mengalami kesakitan dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa mengalami penyakit mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Penderaan yang berterusan pada peringkat umur yang rendah sememangnya akan meninggalkan kesan trauma yang mendalam dalam jiwa anak-anak. Di samping itu, ibu bapa juga berpendapat mereka dapat memuaskan diri dari segi psikologi apabila mendera anak-anak. Semua ini telah menyebabkan titik permulaan di mana si anak akan dimarahi, ditengking dan tidak dihiraukan ataupun dipedulikan. Keadaan ini akan menjadi lebih kronik apabila ibu dan bapa mengamalkan salah guna bahan berbahaya seperti dadah dan minuman keras untuk mencari ketenangan. Apabila ibu bapa berada dalam keadaan mabuk akibat meminum minuman beralkohol atau berkhayal akibat penyalahgunaan dadah , mereka tidak akan menyedari akan pembuatan mereka sendiri apabila mendera anak-anak mereka. Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan menjaga dan membimbing anak tersebut ke arah yang benar.

     Selain itu, kesempitan hidup yang dihadapi oleh sesebuah keluarga juga menjadi antara faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa tidak mampu menanggung perbelanjaan membesarkan si anak dan terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain, misalnya saudara terdekat untuk menjaga dan membesarkannya dengan janji akan memberikan kadar upah wang yang tertentu pada setiap bulan. Maka, saudara tersebut pula berjanji untuk menjaga si anak dengan harapan akan mendapat upah wang seperti yang dijanjikan pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, apabila ibu bapa gagal untuk memberi upah wang seperti yang dijanjikan, maka saudara yang tidak memberi pertimbangan pula akan menyebabkan si anak menghadapi akibatnya. Kadang-kala, penjaga akan memukul si anak dengan tali pinggang, mencucuk si anak dengan puntung rokok ataupun membiarkan si anak dalam keadaan kelaparan. Yang menyedihkan lagi , terdapat sesetengah penjaga akan mengejutkan masyarakat apabila si anak tersebut dianiaya melalui keganasan seksual. Apabila si anak bertemu dengan ibu bapa semula, ibu bapa yang prihatin akan mendapati bahawa tubuh si anak menjadi lebam dan lemah dan seterusnya akan melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa pula tidak mempedulikan hal ini kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluargaan antara mereka dengan saudara mereka.

     Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan pasangan suami isteri juga merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama. Walau bagaimanapun, tidak ramai dala kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka. Keimanan ibu bapa pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang tidak kuat. Jika penghayatan agama kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup mendera darah daging sendiri. Sebagai orang dewasa, ibu bapa perlulah berfikir dengan alasan dan bukti yang nyata dan haruslah mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya terhadap anak-anak dan bukannya melepaskan geram kepada mereka. Kajian menunjukkan mereka yang sanggup mendera darah daging sendiri merupakan pasangan muda. Ini kerana pasangan muda menganggap bahawa hidup mereka masih remaja dan tidak berfikir secara logik ataupun rasional. Selain itu, mereka pun belum bersedia untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Di samping itu, orang muda pula sering berdarah panas dan mudah naik marah dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak seperti merosakkan harta benda rumah, menangis sepanjang waktu , menconteng buku, dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kesabaran ibu bapa mula cair dan anak-anak pula akan menjadi sasaran kemarahan ibu bapa.

     Konklusinya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak ini bermula dari rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ibu bapa juga haruslah berusaha untuk mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak di samping menanam sikap sayang-menyayangi antara mereka. Selain itu, semua pihak seperti ibu bapa, guru-guru, kerajaan serta masyarakat juga perlulah bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini. Setiap pihak perlulah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya menuding jari ke arah pihak lain. Sebenarnya, pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasi fenomena negatif sebelum ini tetapi usaha tersebut bagai hujan jatuh ke pasir kerana usaha yang diambil tidak berterusan serta tidak berkekalan. Oleh itu, usaha baik yang diambil oleh setiap pihak perlulah dilakukan secara konsisten dan bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja.

    STPM : New Modular / Modular Baru STPM

    STPM is a 1 ½  year of PRE-U course( not form 6 anymore). Due  to the system, the MOHE  have change it to Modular System.

     
    What is Modular system?
    It is something like a “University –exam style” format. You study for 1 semester, then exam, after that you don’t study the old topics but you study the new topics for the next semester.

     
    How do you calculate the result?
    To calculate your results, it is like this:
    OVERALL RESULT: Result 1+2+3

     
    How do you calculate the Grading system?
    GradingAA-B+BB-C+CC-D+DF
    Marks4.003.673.333.002.672.332.001.671.331.000.00
    Based on the row of marks, students are advised to get 3 pointers which is a “B” to get into local University. Even though most University minimum requirement is a 2 pointer BUT they USUALLY take in students with higher CGPA. And their requirement varies every year.
    Calculation:
    For 4 subjects:
    Take the best 4 sub divided by 4.
    If you take 5 subject:
    Take the best 5 sub divided by 5.
    Example:
    A student gets his/her STPM result like this:
    Pengajian Am4.00
    Geografi3.33
    Sejarah3.00
    Bm4.00

    Overall: (4+3.33 +3.00+ 4.00)   ÷   4= 3.58 (Divide the number of subjects taken)
    Can we redo the exam if I fail exam?yes you can of course. Exam of sem 1 and 2 will be retake after exam of sem 3. But if you fail on exam of sem 3 you’ll have to waste another  1 year to redo it. ( 1 ½ + 1= 2 ½ year)
    Does Pre-U have course work?
    In this Pre –U course, we do have course work. PBS(course work) is like kerja krusus, kerja amal and kajian luar. The total of these marks are graded by your teacher: 20-40 %. Your exam paper (berpusat) =60-80 %. The PBS depends on the subjects. No matter if you hate it, you still have to do it if not you will fail.
    Like normal STPM for the previous year, our exams will still be Graded by CA (people from Cambridge) to analyze our paper for the final proof reading.
    What is so good about studying Form 6 from 2012?
    Besides it being a modular system, it is actually semester wise break up that we have to study.  The stress of studying the whole semester within 1year and doing the exam can be avoided in this new system.
    What is the fees for STPM(Pre-U)?It is free actually but you still have to pay to your school for the other stuffs.
    Here is the fees breakdown
    The original prices is RM 120(students stuff requirement)
    1 Subject= RM 50 (Per subject)
    Exam= RM 50
    OVERALL OF 4 subject exam = RM 450
    For 5 subject, It’s = RM 500
    For foreign students: 
    You can pay through BSN or online banking that is allowed or accepted through particular banks.
    What about the subjects that is given by the government?
    • Pengajian Am (General Studies)
    • Bahasa Melayu (Malay Language)
    • Bahasa Cina (Chinese Language)
    • Bahasa Tamil (Tamil Language)
    • Bahasa Arab (Arabic Language)
    • Literature in English
    • Kesusasteraan Melayu (Malay Literature)
    • Syariah (Islamic Law)
    • Usuluddin (Usuluddin)
    • Sejarah (History)
    • Geografi (Geography)
    • Ekonomi (Economics)
    • Pengajian Perniagaan (Business Studies)
    • Perakaunan (Accounting)
    • Mathematics M( Management) (may not be taken with Mathematics T)
    • Mathematics T( Technology) (may not be taken with Mathematics M)
    • Further Mathematics (may only be taken with Mathematics T)
    • Computing (may only be taken at certain schools)
    • Physics
    • Chemistry
    • Biology
    • Sains Sukan (Sports Science)
    • Seni Visual (Visual Art)
    These are the offered subjects by the government. As for the schools offers, the combinations of the subjects (comes in a package) are actually given by the school exam board themselves. So, for further information, please refer with your schools with form 6 classes and compare the packages before deciding which school you want to go for your Pre-U.
    WHEN are we going to start studying actually?This time round, we are going to start studying in JUNE.
    What about the exams?It starts during November for 4 days normally. (The REAL STPM exam).
    That’s all for now students. Please share this information with your friends and also to your parents if they are still confused. Thank you :DDDD



    STPM BM 2 : Karangan produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong dan langkah untuk memajukan industri pelancongan (INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA)


    *Format Karangan STPM Bahasa Melayu Kertas 2

    Soalan :
    Apakah produk-produk pelancongan yang boleh menarik perhatian pelancong asing datang ke Malaysia dan apakah langkah yag perlu diambil untuk memajukan industri pelancongan di negara kita.

    Karangan Penuh

    Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan iklan berkenaan produk-produk pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing untuk datang ke Malaysia . Secara umumnya, isu berkenaan produk-produk pelancongan  dapat dijelaskan sebagai keindahan dan kecantikan pelancongan di Malaysia yang menjanjikan pengalaman yang amat menyeronokkan kepada mereka yang datang berkunjung. Sebelum ini, isu berkenaan tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada ia hanya perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan. Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan peningkatan jumlah kes berkenaan produk-produk pelancongan yang menarik kedatangan pelancong asing seperti yang telah dikeluarkan oleh kementerian pelancongan. Perkara ini turut ditegaskan  oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen  dalam majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini. Pelbagai produk pelancongan ditawarkan di Malaysia dan pelbagai langkah-langkah perlu di ambil untuk mengembangkan industri pelancongan Negara kita.

    Salah satu produk yang dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah dengan penghasilan produk kraf tangan yang menarik.  Produk kraf tangan yang menarik dapat dijelaskan sebagai produk yang mampu menarik pelancong asing untuk melihat dan membelinya. Terdapat pelbagai pilihan produk kraf tangan yang berasakan buluh, rotan dan mengkuang seperti kerusi, tudung saji dan tikar. Kebanyakan kraf tangan dapat menarik pelancon asing kerana kraf tangan memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkannya serta cara penghasilannya yang unik. Oleh itu, produk kraf tangan masih dikekalkan bertujuan untuk memartabatkannya di Malaysia. Produk kraf tangan sering mendapat kunjungan daripada pelancong asing yang ingin menjadikannya sebagai perhiasan rumah atau sebagai kenang-kenangan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo. Hal ini jelas menunjukkan bahawa produk kraf tangan mampu menarik pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

    Salah satu produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah produk seni budaya. Produk seni budaya dapat dijelaskan sebagai sesuatu produk yang mampu memikat hati masyarakat seluruh dunia. Apabila produk-produk pelancongan di Malaysia dapat memikat hati hati masyarakat seluruh dunia,hal ini mungkin akan menaikkan nama negara Malaysia di mata dunia. Oleh itu, Menteri Pelancongan perlulah bergiat aktif dan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan agar berkembang maju. Contohnya,mengadakan festival mengenai kesenian. Produk seni budaya yang berpunca daripada matlamat kerajaan yang mengamalkan kepelbagaian strategi dalam memenuhi cita rasa pelancong yang gemarkan sesuatu yang unik telah berlaku di Negara ini seperti yang telah dilaporkan oleh akhbar berita Harian Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong asing datang ke Malaysia ialah produk seni budaya.

    Salah satu langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri pelancongan ialah menambah kemudahan pengangkutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan dapat dijelaskan sebagai kemudahan yang disediakan kepada orang awam dan pelancong untuk bergerak ke satu tempat ke tempat lain. Apabila pelancong menggunakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang disediakan, pelancong dapat menggunakan peluang yang lebih banyak untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Oleh itu, pelancong dapat melawat lebih banyak tempat-tempat menarik di seluruh negara dan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia.  Hal ini jelas menunjukkan bahawa kemudahan pengakutan dan perhubungan sedia ada perlu ditambah bagi menarik lebih banyak pelancong berkunjung ke Malaysia.

    Selain itu, langkah lain untuk menarik pelancong juga boleh dilakukan dengan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia. Pameran dapat dijelaskan sebagai suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya dan untuk menarik perhatian orang ramai untuk mengunjunginya. Apabila pameran kejohanan besar dilakukan, negara dapat menarik pelancong luar untuk mengunjungi Malaysia disamping dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita.  Oleh itu, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja . Contoh pameran bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia, negara akan menarik lebih banyak pelancong luar untuk mengunjungi Malaysia.

    Di samping itu, langkah lain juga ialah memajukan industri pelancongan ialah mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan. Mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan dapat dijelaskan sebagai salah satu daya tarikkan para pengunjung untuk datang melancong dinegara ini. Apabila Kementerian Pelancongan boleh mengadakan kempen ini di dalam atau di luar negeri,pusat-pusat penerangan pelancongan serta rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara harus ditambah. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka untuk melancong dan berehat di sini. Kempen-kempen dan promosi pelancongan adalah langkah untuk memajukan industri pelancongan pada masa kini isu ini berlaku di negara ini sendiri seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kempen-kempen dan promosi pelancongan adalah satu langkah yang baik untuk meningkatkan lagi  industri pelancongan di negara ini.

    Kesimpulannya, produk pelancongan yang menarik dan langkah yang berkesan boleh menarik perhatian pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia. Antara produk pelancongan yang ditawarkan di Malaysia untuk menarik perhatian pelancong asing ialah dengan penghasilan produk kraf tangan yang menarik dan melalui produk seni budaya. Langkah menarik perhatian pelancong pula ialah menambah kemudahan pengangkutan dan perhubungan, dan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia. Oleh sebab pelbagai langkah bagi menarik pelancong luar mengunjungi Malaysia telah dilakukan, pelbagai kesan positif telah diterima negara antaranya ialah dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita dan dapat memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar. Perkara ini pernah ditegaskan oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen dalam ucapan beliau sempena  cuti-cuti Malaysia. Oleh itu, semua pihak, iaitu orang perseorangan, masyarakat umum, pihak swasta dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk menarik perhatian pelancong asing supaya datang ke Malaysia. Kerjasama ini amat bersesuaian pula dengan Pelaksanaan konsep  1 Malaysia.



    Bibliografi :
    2.      Berita Harian, Pengangkutan Rakyat Ditingkat, Johaari Ibrahim, 06/01/2012

    Ahad, 6 Mei 2012

    Semakan Keputusan UPU | SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA/Politeknik Premier, SESI AKADEMIK 2012/2013

    Semakan UPU 2012 | Keputusan UPU 2012

    SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA/Politeknik Premier, SESI AKADEMIK 2012/2013.

    - Bagi pelajar lepasan SPM anda boleh membuat semakan permohonan pada 7 Mei 2012.

    Semakan boleh dibuat dalam 2 cara iaitu secara online dan juga SMS. Berikut dibawah adalah tatacara bagaimana untuk membuatsemakan keputusan UPU:

    - Semakan Secara Online (Boleh Gunakan Salah Satu Daripada Link Di bawah)
    1. Semakan Keputusan melalui Laman UPU MOHE
    (http://upu.mohe.gov.my/)
    2. Semakan Keputusan melalui Laman UTM
    (http://intake.utm.my/semakan)
    3. Semakan Keputusan melalui Laman UUM
    (http://jpt.uum.edu.my/)


    - Semakan Secara SMS
    Taip UPU <jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN<jarak> dan hantarkan kepada 15888


    Kami menjangkakan bahawa akan terdapat gangguan terhadap server oleh kerana kesesakan traffik. Oleh itu, diharap semua dapat bersabar dan mencuba semasa waktu traffik dijangkakan tidak ramai iaitu pada waktu tengah malam dan awal pagi. Harap Maklum.