Para pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 dan telah membuat permohonan memasuki Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran (KPM) sesi 2013/2014 boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka sekarang.
Semakan & Kemaskini
Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia;
Aplikasi Kemaskini Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Sesi 2013/2014
- Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM untuk membuat memasuki aplikasi tersebut.
- Proses semakan dan kemaskini ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan maklumat tertentu.
Tarikh Kemaskini
- Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 4 Februari sehingga 18 Februari 2013.
Keputusan Permohonan Matrikulasi
- Keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM 2013 dijangka akan diumumkan dalam bulan April nanti.
Pertanyaan
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4036 / 4083 / 4040 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
-Talian bantuan ini boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.

Sumber : ePutra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan