Khamis, 7 Mac 2013

STPM : GEOGRAFI : Langkah mengurangkan fenomena pulau haba di bandar.


Langkah mengurangkan fenomena pulau haba di bandar.

1)  Meningkatkan kawasan hijau atau ‘zon penampan’ di kawasan bandar dengan membanyakkan kawasan hijau bermakna dapat meningkatkan proses sejatan di kawasan bandar dan mengurangkan kadar penyimpanan haba pendam oleh bahan-bahan binaan. Oleh demikian,  keadaan persekitaran bandar menjadi lebih sejuk apabila kadar kelembapan bandingan lebih tinggi.


2) Peningkatan suhu bandar sehingga membawa kepada pembentukan Pulau Haba  boleh juga dikurangkan melalui peningkatan kawasan badan air. Peranan badan air dalam mengurangkan suhu di kawasan bandar. Selain itu, usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar boleh juga mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu meningkatkan kadar kelembapan bandingan dan dengan itu mengurangkan suhu sekitaran dalam bandar.


3) Pengurangan penggunaan bahan berbentuk cermin atau yang mampu memantulkan bahangan pada kadar yang tinggi. Ini disebabkan peningkatan pantulan bahangan boleh meningkatkan pembebasan haba ke ruang sekitaran bandar. Dengan itu, boleh meningkatkan kadar suhu bandar sehingga membentuk pulau haba.

4)  Konsep penanaman pokok di atas bumbung-bumbung bangunan yang rata atau konsep bumbung hijau. Dengan cara ini, masalah banjir kilat di kawasan bandar boleh dikurangkan di samping mengurangkan masalah suhu bandar yang tinggi.

Credit : http://geografifizikalstpm.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan