PERMOHONAN KEMASUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa)
* Makluman
- Pemohon boleh membuat permohonan kesemua institusi mengikut kelayakan yang ada.
- Permohonan boleh dibuat secara terus melalui laman web institusi berkenaan.
- Semakan keputusan permohonan juga hendaklah dirujuk ke laman web institusi berkenaan.
- Pemohon berkemungkinan akan menerima lebih dari satu tawaran.
(SILA KLIK LINK TERSEDIA DI ATAS)
MAKLUMAT AM UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM) Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) diwujudkan untuk menyelaraskan sepenuhnya urusan kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara berpusat. Pengambilan pelajar adalah sebanyak 2 kali setahun [kecuali Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK) hanya sekali setahun sahaja] di mana permohonan boleh mula dibuat setelah iklan dikeluarkan. Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terlibat dlm penyelarasan
permohonan bagi program pengajian Persediaan, Pra-Diploma, Diploma,
Higher National Diploma dan Ijazah pertama melalui UPIM adalah seperti
berikut :‑
PERMOHONAN PILIHAN PROGRAM / INSTITUSI
Permohonan secara on-line hendaklah dibuat bdasarkan kelayakan pemohon
mengikut kelayakan dan minat masing-masing.
KRITERIA PEMILIHAN
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-
faktor berikut :‑
Pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk
proses ujian khas atau temuduga.
TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
- Pemohon yang terpilih akan dihubungi terus oleh IPMa yang dipilih.
- Walaubagaimanapun , bagi pemohon yang tidak menerima apa-apa tawaran selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan bolehlah menganggap permohonan mereka gagal.
- Tidak ada surat menyurat dibuat mengenainya.
- Pemohon berkemungkinan menerima tawaran lebih dari satu IPMa.
- Walau bagaimanapun, pemohon hanya perlu menerima satu tawaran shj.
Amaran :
Tawaran dibuat berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.
Tawaran IPMa tbatal sekiranya didapati calon tidak memenuhi syarat
kelayakan semasa melapor diri di IPMa. Dgn ini calon tidak dibenarkan
mendaftar. Segala perbelanjaan berkaitan adalah tanggungjawab calon.
TAJAAN PENGAJIAN
Calon yg berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM
adalah layak dpertimbangkan tajaan pinjaman plajaran MARA tertakluk
kepada syarat-syarat semasa yg ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman
pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Manakala, bagi calon yg terpilih mngikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM
dan KM (PKS-UMK), yuran pengajian adalah percuma yg mana ianya
akan dibiayai oleh MARA dan elaun pelatih akan diberikan kpd mereka
yang layak menerima bantuan.
KATEGORI PEMOHON
Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti
berikut :‑
PERMOHONAN BAGI PROGRAM YANG PERLU TEMUDUGA
Permohonan bagi program yang perlu ditemuduga akan dimaklumkan oleh
IPMa yang berkaitan sekiranya layak dan akan dipanggil untuk temuduga.
STATUS PERMOHONAN
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan di laman web UPIM.
Syarat - Syarat Kelayakan Sila klik di link yang tersedia. 1. Kolej Profesional MARA (KPM) 2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 3. Institut Kemahiran MARA (IKM) 4. German-Malaysian Institute (GMI) 5. Kolej MARA (Program Persediaan Keusahawanan Sains - UMK ) Syarat kelayakan utk kursus di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) & Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di laman web kolej/universiti berkenaan. Maklumat Program Sila klik di link yang tersedia. 1. Kolej Profesional MARA (KPM) 2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 3. German-Malaysian Institute (GMI) 4. Program Persediaan Keusahawanan Sains - Universiti Malaysia Kelantan Maklumat program untuk kursus di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di laman web kolej/universiti berkenaan. PERTANYAAN Pemohon boleh menghubungi UPIM, Fakulti UniKL atau Institut seperti alamat yang dinyatakan di bawah sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan kursus-kursus yang ditawarkan seperti maklumat berikut :- 1. UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM) BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI, TINGKAT 12, IBU PEJABAT MARA, 21, JALAN RAJA LAUT, 50609 KUALA LUMPUR. TEL : 03-261 34075 / 34076 / 34077. e-mel: upim@mara.gov.my 2. BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (BPT) KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM), TINGKAT 12, MEDAN MARA, 21, JALAN RAJA LAUT, 50609 KUALA LUMPUR. TEL : 03-261 34087. e-mel: upimkpm@mara.gov.my 3. BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BPKT) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) & KOLEJ KEMAHIRAN TGGI MARA (KKTM) TINGKAT 20, MEDAN MARA,21, JALAN RAJA LAUT, 50609 KUALA LUMPUR. TEL : 03-261 34605 / 34612 / 34611. e-mel: upimikm@mara.gov.my Laman web : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/Default.aspx |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan