Khamis, 28 Mac 2013

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) 2013 atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013


Bagi anda yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) 2013 atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013, berikut adalah berita baik kepada anda semua.
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:
KETERANGAN PROGRAM:
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Klik SINI untuk iklan permohonan.

KPLSPM 2013
STRUKTUR PROGRAM:
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.   DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
  • Bahasa Melayu;
  • Sejarah;
  • Satu (1) mata pelajaran yang lain;  serta
  • lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:
1.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
CARA MEMOHON:
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013Permohonan secara atas talian hanya boleh dibuat mulai jam 2 petang, 22 Mac 2013 (Jumaat).
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP:
Tarikh tutup 31 Mac 2013 (11.59 Malam)

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC & SMA/SMU Ambilan Khas Jun 2012
Adalah dimaklumkan juga bahawa Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2013 akan dibuka pada tarikh yang sama dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013 di atas.
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah:  Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa

  • Keterangan lain berkenaan program ini boleh didapati dalam iklan yang sama.
PERTANYAAN
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN PEMGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFON: 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SABAH
D/A INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH
NO. TELEFON: 088-236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SARAWAK
JALAN COLLEGE93259 KUCHING, SARAWAK.
NO. TELEFON: 082-258045

KEMASKINI INFO DARI SEMASA KE SEMASA
Kemaskini 22 Mac 2012 – 2.05 p.m: Laman web untuk permohonan KPLSPM 2013 masih belum diaktifkan. Pautan ke laman web tersebut akan dikemaskini di sini nanti jika sudah ada. Anda juga boleh terus ke laman www.moe.gov.my untuk mengikuti perkembangan terkini. Harap dapat bersabar.
Kemaskini 22 Mac 2012 – 2.15 p.mLaman web untuk permohonan online KPLSPM 2013 telah dibuka. Sila lawati lamanhttp://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm untuk membuat permohonan. Terima kasih
Ketahui tips tips temuduga Kursus Perguruan Lepasan SPM IPGM MAKTAB terkini :
Click here >>> Tips Temuduga IPG / MAKTAB / KPLSPM
Credit to : http://kulanzsalleh.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan