Selasa, 11 Ogos 2015

Semakan Status Keputusan UPU/IPTA Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi Sesi 2015/2016

Kemasukan Pelajar Baharu Ke Seluruh Universiti Awam Sesi 2015/2016.


Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf telah boleh disemak mulai hari ini.

1. 40,438 pemohon telah berjaya mendapatkan tempat di seluruh 20 Universiti Awam secara keseluruhan.

2. 23,883 (59.06%) merupakan Aliran Sains

3. 16,555 (40.94%) merupakan Aliran Sastera

4. 12,391 (30.64%) merupakan pemohon Lelaki

5. 28,047 (69.36%) merupakan pemohon Perempuan

6. Sejumlah 3,271 calon STPM/Matrikulasi/Asasi yang memperoleh PNGK 4.0 telah mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi 2015/2016. Daripada jumlah tersebut, 3,269 ditawarkan tempat di seluruh Universiti Awam manakala 2 pemohon lagi tidak berjaya kerana gagal memenuhi Syarat Am & Khas.

Semakan keputusan boleh disemak bermula jam 12 tengah hari pada 11 Ogos 2015 melalui lima laman web iaitu : 

(*sila click yang mana satu pon takpa)

1) http://upu.mohe.gov.my

2) https://jpt.utm.my

3) http://jpt.uum.edu.my

4) https://jpt.unimas.my

5) http://jpt.ums.edu.my


atau melalui :

1) Menghubungi
- Hotline : 03-88706767,
- Helpline : 03-88706777
- Talian Am : 03-88706755/6766

2) SMS
- taip UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888

Bagi calon yang gagal, rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan yang boleh dibuka untuk capaian laman web kemasukan http://upu.mohe.gov.my. Calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari IPTA sehingga 20 Sept depan, rayuan tersebut dianggap gagal, 

Bagi calon yang berjaya, pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai Rabu ini, dan mereka dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Ogos.


*click gambar untuk terus ke Laman Web Semakan Keputusan Permohonan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan