Ahad, 9 Ogos 2015

LEPASAN SPM/STPM : Permohonan SPA8i Perkhidmatan Awam (SPA/Separa Perubatan)

Assalammualaikum.

Memandangkan admin merupakan seorang penganggur yang sedang menanam anggur selepas habis study di salah sebuah kolej di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dan sedang menunggu surat panggilan masuk kerja. admin di sini nak bagi tutorial permohonan secara atas talian untuk mengisi borang permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam buat semua termasuk lepasan SPM, lepasan STPM, pelajar IPTA/IPTS, penganggur atau mereka yang ingin bekerja di bawah kerajaan.

Buat pengetahuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam turut menyediakan Latihan Separa Perubatan bagi mereka yang berminat. Latihan ini berjalan selama 3 tahun dan setiap bulan pelatih akan menerima elaun sebanyak RM850 sebulan. Latihan tersebut akan dijalan di Kolej-kolej dibawah kendalian Bahagian Pengurusan Latihan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas 3 tahun, surat panggilan masuk kerja akan dihantar untuk diserap sepenuhnya di bawah kerajaan samaada di hantar ke Hospital, klinik desa atau kesihatan mahupun komuniti.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengisi borang SPA8i :


1) Layari atau klik pada borang online SPA8i melalui link : http://www.spa.gov.my/

2. Klik pada bahagian Permohonan Jawatan.
dan seterusnya klik pada Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) seperti tertera.


3. Bagi pengguna yang belum mendaftar. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik bahagian daftar baru. Bagi mereka yang sudah mendaftar, dan ingin mengemaskini permohonan, dikehendaki login dengan memasukkan ID iaitu no Ic anda dan kata laluan.


3) Pengguna baru dikehendaki daftar baru dengan mengisi form tersebut dengan lengkap. Pastikan emel yang diberikan merupakan emel aktif di mana tujuan pemakluman akan dihantar melalui emel tersebut.



**  PERINGATAN:

- Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang diisi adalah betul kerana pendaftaran MyID hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.

- Sistem ini membenarkan pemohon menukar kata laluan sendiri melalui pautan Lupa Kata Laluan dan emel pengaktifan tidak akan lagi dihantar ke akaun emel pemohon.

- No. Telefon dan Emel akan digunakan untuk tujuan pemakluman sebarang urusan temuduga, peperiksaan dan lain-lain. Sila masukkan maklumat yang tepat dan terkini.


4) Siap mendaftar, anda akan diminta untuk mengisi bahagian Maklumat Pemohon dengan lengkap.


5) Siap bahagian Maklumat Pemohon, anda perlulah mengisi pula pada bahagian Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan. Semua maklumat ini diperlukan bagi memastikan jawatan yang dipohon bersesuaian dengan kelayakkan anda. 

6) Siap mengisi bahagian-bahagian tersebut, anda perlu klik bahagian Jawatan Dipohon untuk memilih jawatan yang bersesuain. Terdapat 4 kategori, iaitu SPM, PMR, Bakat Bersepadu dan Separa. Pemilihan jawatan adalah mengikut kelayakkan keputusan anda.

Anda pilih jer jawatan ikut kesukaan anda, tiada limit. Jangan lupa untuk isi bahagian bawah tu juga!

Bagi kategori Separa ni, macam admin cakap pada permulaan. Ia merupakan latihan yang dijalankan selama 3 tahun di bawah kendalian Bahagian Pengurusan Latihan dan KKM. Dapat elaun adik adik. Pilih la mana yang minat dan pilih yang mana jawatannya diperlukan banyak. :)

7) Kat situ juga, ada bahagian untuk permohonan jawatan PDRM. Klik ja situ and pilih kalau minat.

8) Dah siap simpan semua, klik bahagian Pengakuan Pemohon. Ni bahagian di mana anda perlu bersetuju dengan segala kenyataan dalam borang permohonan SPA8i ni adalah benar dan jawatan yang dipilih tu pon betul. Tick bahagian "saya setuju" pastu hantar, 



10) Siap isi semua, maka settle lah. Bahagian Resume tu lagi baik save. Kalau rajin print. Mana tau boleh jadi bukti isi borang SPA. Good Luck semua ! :D


***
MAKLUMAN :

1) Kalau rasa masih confuse, boleh baca panduan mengisi borang SPA8 dekat awal awal login tu.

2. Setelah permohonan selesai, anda perlu menunggu keputusan untuk panggilan temuduga dalam tempoh 12 bulan. Jika berjaya, sepucuk surat akan dihantar ke alamat rumah anda.

3. Sekiranya anda gagal mendapat panggilan dalam tempoh 12 bulan bermakna permohonan anda gagal. Dan permohonan hendaklah dikemaskini semula. Jangan cepat give up tau! kena sentiasa sabar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi SPA. http://www.spa.gov.my 



29 ulasan:

  1. nak tanya memang borang yang samanya saya kena isi ?? saya lepasan spm 2015...saya nak apply latihan separa perubatan dan mmg tu ke borang yang perlu saya isi ?? sebab tajuk besar dia kat atas tulis PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM !! saya takut pulak nk isi sebab dia tak tulis untuk latihan separa perubatan...tolong saya !!

    BalasPadam
  2. nak tanya memang borang yang samanya saya kena isi ?? saya lepasan spm 2015...saya nak apply latihan separa perubatan dan mmg tu ke borang yang perlu saya isi ?? sebab tajuk besar dia kat atas tulis PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM !! saya takut pulak nk isi sebab dia tak tulis untuk latihan separa perubatan...tolong saya !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. @shahir yunus klik ja pendaftaran pekerjaan tu, sbb latihan separa perubatan kalau nk mohon di bawah perkhidmatan awam. Means, awak mohon melalui SPA8i, Awk ditawarkan dlm latihan separa perubatan. Pastu hbis belajar, awak akan ditawakan kerja bawah kerajaan. So jgn tkut. Isi je mcm tutorial saya tunjuk atas.

      Padam
  3. nak tanye keputusan pmr pon kene isi gak ke? ke spm saje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seeloknya di isi lah, sebab dia nak tgok kelayakkan kita untuk mohon jawatan sekian sekian sekian. TPi paling penting spm. Kena isi ok.

      Padam
  4. Nak tanya kalau ada result STPM boleh apply latihan separa perubatan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. tapi untuk latihan separa perubatan, bahagian pengurusan akan tengok kelayakkan spm. sebab latihan separa perubatan ni kategori diploma. harap maklum.

      Padam
  5. hello,sy ada pertanyaan,lepas daftar apa yg perlu kita buat.tunggu dpanggil ke apa??kalau bermnt tp xtau tentng fungsi@ bdn cmne ya,,perlu bljr ato tunngu klayakkn kita dttp oleh pnmuduga..bru beljar

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. jika berjaya. sepucuk surat atau email akan sampai ke alamat pemohon. setiap pemohonan yg berjaya perlu ditemuduga dahulu sebelum layak sepenuhnya untuk diserap. takpe. temuduga akan diberi tarikh. dah dapat tarikh bolehla study skit mgikut jawatan dan tugas. sempat. inshaAllah

      Padam
  6. Saya nak tanya berkenaan dengan latihan separa perubatan sebab pendaftaran hanya sekali dan tarikh tutup 4 Januari 2016. Bagi pelajar yang mengambil SPM 2015 ..result baharu sahaja keluar selepas tarikh tutup tu..bagaimana pelajar yang mengambil SPM 2015 hendak memohon latihan separa perubatan ini..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. adalah dimaklumkan bagi latihan separa perubatan, permohonan adalah sepanjang masa. tiada tarikh tutup. mohon, tunggu sehingga panggilan , surat temuduga sampai. kalau tak sampai sehingga jangka masa setahun. sila kemaskini kembali.
      intake separa perubatan adalah dua kali tahun. iaitu pada bulan enam dan satu. temuduga pulak sekitar bulan empat atau lima dan bulan 10 atau sebelas. harap maklum.

      Padam
  7. Saya nak tanya, apa faktor pljar lepasan spm tak dapat pnggilan latihan separa perubatan pdahal result smua kredit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin atas sebab jawatan yang dipohon kekosongannya adalah terhad. dan boleh jadi jawatan dipohon tiada kekosongan. harap maklum.

      Padam
  8. salam..nak tanye sikit bang..saya lepasan diploma 2014..ruangan jawatan untuk PMR/SRP/pt3 mmg xde ke?yang ade hanya diploma,SPM,Bakat,Separa...Saya nk mohon Pemandu Kenderaan pun xdpt camni..sedih..hehe

    BalasPadam
  9. Saya nak Tanya..kena pilihan jawatan bagi spm dan pmr tidak muncul selepas saya memasukkan keputusan ijazah?

    BalasPadam
  10. tumpang tanya, kenapa spa saya tkda kategori pmr?

    BalasPadam
  11. nak tanya, sekarang web spa dah versi baru. selepas tekan pemohon pekerjaan, nak pilih server 1 atau server 2? dan apa beza dua tu?

    BalasPadam
  12. Hi saya nak tahu mcm mane nak isi sebab yg saya tkde pun untk isi yg bahagian separa perubatan ni.

    BalasPadam
  13. Hi,sorry,ade soalan...lepas sy siap mohon spa sblm jan 15,lepas dpt result spm keputusan memenuhi syarat masuk form6 ade peluang lagi untuk tukar belajar form6 tak?

    BalasPadam
  14. nak tanya, kalau saya sambung asasi dulu dalam setahun, lepastu saya nak mohon spa, boleh ke?

    BalasPadam
  15. Kalau gagal spm 1 subjek boleh ke apply?

    BalasPadam
  16. hi adakah SPA menawarkan diploma psikologi kepada lepasan spm ??

    BalasPadam
  17. Boleh tanya ? Macam mana kita mahu tahu yang kita isi telah dihantar ?

    BalasPadam
  18. Boleh tanya ? Macam mana kita mahu tahu yang kita isi telah dihantar ?

    BalasPadam
  19. Boleh tanya ? Macam mana mahu tahu yang spa telah lengkap dihantar

    BalasPadam
  20. Boleh tanya ? Macam mana mahu tahu yang spa telah lengkap dihantar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi ke bahagian semakan.

      Padam
  21. saya nak tya,sy dpt iv tp waktu permohonan sy tersalah isi result Pmr..8.8.17 SY ADA IV..tp boleh ke sy g jugak iv tu ? please respon.

    BalasPadam