8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai
Tentu anda suka bila anda dipuji sebagai orang yang bijak. Untuk menjadi manusia yang bijak, anda mestilah mempunyai akal yang hebat membuat pertimbangan. Akal yang hebat pula mestilah lahir daripada otak yang cerdas. Jom kita ikuti 8 tips untuk menjaga otak anda supaya menjadi lebih bijak dan pandai!
8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai
1. Wajib mengambil sarapan pagi
Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari. Seseorang yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan ini akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.2. Elak makan secara berlebihan
Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.3. Jangan merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.4. Elak daripada mengambil gula secara berlebihan
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.5. Hidu udara yang bersih
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.6. Tidur secukupnya, tapi jangan berlebihan
Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.7. Tidur dengan menutup muka
Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.8. Kurang berimaginasi/berfikir
Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.
Credit : http://www.cikguhailmi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan