Selasa, 4 Jun 2013

Persediaan ke IPTA / IPTS / UNIVERSITI / KOLEJ / MATRIKULASI (Lepasan SPM/STPM)

Keputusan permohonan ke IPTA melalui UPU telah dikeluarkan. Ramai bakal mahasiswa berdebar-debar menunggu hari pendaftaran. Masuk universiti banyak persediaan nak kena buat. Mungkin ada yang tak pernah duduk asrama atau berjauhan dari keluarga. Here, sedikit tips persediaan untuk ke Universiti berdasarkan penglaman sendiri.

4 Persediaan PENTING sebelum :

1. Dokumen
Segala dokumen yang diperlukan mesti disediakan secepat mungkin. Buat pemeriksaan doktor di klinik swasta atau hospital kerajaan. Barang diingat, harga untuk buat pemeriksaan di klinik swasta dan hospital kerajaan lebih kurang sama. Kelebihan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan ialah ia mengambil masa yang lama. Di klinik swasta, sehari boleh siap. Pilihlah mana-mana yang berkenan.

Dokumen lain macam salinan kad pengenalan, sijil-sijil, gambar dan borang-borang perlu disediakan dan diletakkan dalam sebuah fail supaya mudah diuruskan. Takde la kalut bila ada di depan meja pendaftaran nanti.

2. Pakaian
Universiti bukan tempat untuk melaram. Penampilan sangat penting. Sapa-sapa yang nampak serabai tu silalah perkemaskan diri. Pakaian mesti tidak menampakkan bahagian yang sepatutnya.

Bawa pakaian formal seperti yang universiti tetapkan. Biasanya kemeja, talileher, seluar slack, kasut hitam itu wajib pada minggu pertama. Untuk pelajar perempuan, baju kurung, tudung, dan sebagainya juga diperlukan. Bergantung kepada universiti, kod etika berpakaian biasanya telah disertakan dalam surat tawaran. Ikut peraturan universiti. Universiti bukan macam sekolah, kita buat salah cikgu nak tegur. Pak guard tahan dan terus saman tanpa banyak bicara.

Selain dari pakaian formal, pakaian sukan dan pakaian biasa juga mesti ada. Takkan nak pakai kemeja sepanjang tahun. Tapi kalau itu memang pakaian rasmi universiti kenalah ikut.

3. Peralatan
Belajar umpama berperang. Tanpa ada peralatan yang cukup tak mungkin kita akan berjaya. Zaman ini peralatan untuk belajar yang wajib ialah komputer. Semua asigmen nak kena buat guna komputer. Ada baiknya bawak laptop yang kecik dan senang di bawa. Tapi untuk kursus multimedia atau sains komputer mungkin tak sesuai laptop kecik. Jangan risau, kursus anda telah menyediakan peralatan yang cukup untuk itu. Laptop tu untuk tulis asigmen dan presantation je. Bab design gunakan makmal komputer.

Bukan setakat komputer, alat tulis juga penting. Saya cadangkan sediakan buku tebal untuk satu samester punya subjek. Letak dalam satu buku yang dibahagikan ikut subjek. Bila nak exam senang nak baca. Kat situ kita catat nota, kat situ kita buat latihan. Jadi tak ada la masalah nota hilang. Biasa nota hilang bila kita tulis dalam kertas sehelai-sehelai.

Selain daripada ke tiga-tiga persediaan di atas, ada baiknya sediakan diri dengan ilmu komunikasi. Mungkin ia dapat membantu kita dalam mendapatkan ilmu. Di universiti tempat kita mendapatkan segala keperluan untuk hidup di masa akan datang. Bertindak aktif dan proaktif dalam segala hal. Masa ni dah tak ada zaman suap menyuap lagi. Semua kena cari sendiri.

4. Mental
Mental juga merupakan persediaan utama sebelum kita melangkah ke alam baru. Dalam menghadapi alam baru di universiti kita akan diserap dengan pelbagai budaya dari pelbagai latar masyarakat. Justeru, persediaan mental dan emosi adalah penting bagi menghadapi pelbagai lapisan budaya dan mengelakkan dari 'culture shock' yang mana boleh memberi effect negative kepada diri kita dan pelajaran kita.

Jadi, perlulah kita buat persediaan mental dan emosi terlebih dahulu ! Mengerti?!

*******************************************************************

Lain-lain perkara PENTING :

5. DIPLOMA atau ASASI atau MATRIKULASI
Perkara ini memang jadi topik hangat dan banyak pandangan. Bagi saya, ini semua mengenai KEBOLEHAN dan KEUPAYAAN kita.

Asasi dan Matrikulasi merupakan program singkat sebelum terus masuk ke Degree. Kebiasaannya Asasi akan ambil pelajar yang tip top. Matrikulasi pula biasanya ramai yang masuk sebab nak short cut ke Degree. Pendapat saya Matrikulasi mahupun Asasi memerlukan anda concentrate yang banyak sebab tempoh masa yang agak pendek. Jika anda memilih jalan ini, saya nak berpesan supaya anda janganlah pandang remeh semua ni dan jangan banyak main.

Next, Diploma. Banyak yang anggap ni jalan jauh sebab tempoh yang lama sebelum ke Degree tapi pelajar Diploma boleh bekerja menggunakan Sijil Diploma mereka tidak seperti Asasi dan Matrikulasi. Bagi saya Diploma ini sesuai untuk mereka yang ditaraf sederhana macam saya. Secara jujur, otak saya ni agak lambat nak faham dengan cepat dan tidak boleh pressure sangat. Pendapat saya mengenai Diploma, anda still boleh rehat/bersantai/main TAPI kena pandai arrange masa. Nak main tu boleh tapi belajar jangan lupa ya!


6. BERDIKARI
Perkara paling penting sebelum masuk ke ALAM UNIVERSITI. Berdikari yang saya ingin ketengahkan ialah PANDAI MENGURUS DIRI. Alam Universiti ni lain daripada zaman sekolah. Kalau pelajar hostel, dulu ada rakan-rakan yang boleh tolong. Kalau pelajar harian, parents anda sentiasa jaga anda. Di Universiti, anda kena jaga diri anda. Anda kena jaga duit perbelanjaan, pakaian anda dan juga penggunaan masa anda. Di Universiti, tak ada siapa kisah anda nak buat apa. Sebab itulah kita kena jaga diri kita. Yang penting, kita kena jaga SOLAT dan IMAN kita. Secara jujur, anda janganlah terkejut jika ada di antara pelajar universiti yang mengabaikan perkara ini. Ingat! Jaga SOLAT dan IMAN!


7. KAWAN/ HOUSEMATE/ ROOMATE
Topik yang sering disebut-sebut. Anda perlu PANDAI MEMILIH KAWAN. Pelbagai kerenah, perangai dan sifat manusia di Universiti. Kalau boleh anda pilihlah kawan yang ulat buku/ skema or yang agak alim supaya ada orang yang akan menasiahati kita. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan yang perangai tak berapa tu. Kawan tu boleh tapi janganlah ambil perangai/sifat/kerenah buruk mereka.

Mengenai hostel/rumah, kita perlulah BEKERJASAMA. JAGA HATI kita dan orang sekeliling kita. Janganlah ketika semua pakat bersihkan hostel/rumah, kita pula sibuk nak belajar. Bekerjasama dengan housemate/roomate. BERINTERAKSI secara baik. Yang penting JAGA HATI kita dan orang sekeliling.


8. STUDY/ NOTA/ KULIAH/ LECTURER
Antara kebimbangan semua orang. Dulu saya beranggapan susah nak belajar di Universiti. Ternyata itu hanya terjadi jika anda tidak pandai menguruskan diri. Bagi saya, semuanya akan jadi mudah jika anda rajin. Dalam kuliah, janganlah sibuk nak berborak. Anda perlu concentrate dan catat perkara-perkara penting. RAJIN BERTANYA supaya anda senang faham. Jika kita rajin bertanya, lecturer senang ingat kita. Kalau susah nak faham juga, berjumpa dengan lecturer ataupun pergi ke library. Tak pun Google. Macam-macam ada dekat Google kan? hehehe. Yang penting sila penuhkan attendance anda. Tak perlulah nak ponteng. Perkara paling lecturer tak suka ialah ponteng. Apa yang dapat kalau ponteng? Bazir duit kita adalah kan?


9. KELENGKAPAN/ PERALATAN/ PAKAIAN
Laptop dan telefon bimbit. 2 benda paling penting bagi saya. Laptop amatlah diperlukan untuk menyiapkan assignment, buat research dan juga untuk presentation. Tapi bagi yang tak ada laptop, jangan risau, dekat library rasanya ada sediakan komputer. Guna pada masa terluang. Telefon  bimbit? Konfem semua ada. Handphone secarang pun dah canggih manggih. Boleh nak surf internet. So, tak ada alasan assignment tak siap. Eh, lupa pula. Handphone ni berguna untuk berkomunikasi antara classmate. Boleh tahu kelas yang batal. Boleh sambung tidur. hehehe

Benda-benda lain yang diperlukan sama macam nak masuk hostel. Yang penting seterika/iron. Takkan nak pakai baju berkedut kot. Bercakap pasal pakaian, bawalah baju-baju yang smart sikit. Barulah dapat naikan self-confident time nak buat presentation. Dan DILARANG PAKAI pakaian yang TIDAK SOPAN. Masuk dalam peraturan tau. Kad Matrik pun kena bawa tau.


10. PERBELANJAAN/ SARA HIDUP
Kawal duit masuk dan duit keluar! Jangan lupa sediakan buku bajet kalau dah memang tak terkawal duit tu. Gunakan duit yang ada sebaik-baiknya. Kalau pada permulaannya anda gunakan perbelanjaan tu dalam kos yang banyak, hari hari seterusnya anda perlulah kawal dengan cara penting kan keperluan sahaja. Kalau macam nak makan tu, makan ala kadar ja. Air pula tak payah nak fresh orange, air kosong dah. Asalkan perut dilapik, tekak dibasahkan. hehehe

*******************************************************************

CHECK LIST Persediaan ke IPTA / IPTS / UNIVERSITI / KOLEJ / MATRIKULASI (Lepasan SPM/STPM)
PAKAIAN
- BAJU KURUNG (WANITA)
- BAJU KEMEJA (LELAKI)
- T-SHIRT
- SELUAR JEAN
- SELUAR SLACK
- BAJU DAN SELUAR SUKAN
- KAIN BASAHAN
- KAIN BATIK SARUNG (WANITA)
- CARDIGAN/ SWEATER
- TELEKUNG (WANITA)
- SONGKOK (LELAKI)
- SEJADAH
- STOKING
- TUDUNG/ SELENDANG (WANITA)
- BAJU SUKAN WARNA PUTIH (UiTM SAHAJA)

ALAT PENJAGAAN PERIBADI
- SABUN MANDI
- BERUS GIGI
- DEODARANT
- SIKAT
- MINYAK GAMAT
- SHAMPOO
- PENCUCI MULUT
- PENGETIP KUKU
- BALDI
- SHOWER BASKET
- TUALA MANDI
- PENCUCI MUKA
- BEDAK
- BALDI

KELENGKAPAN PELAJARAN
- 1 SET ALAT TULIS
- KERTAS KAJANG A4
- KALKULATOR
- BUKU NOTA KECIL

 KELENGKAPAN BILIK
- CADAR DAN SARUNG BANTAL
- BANTAL
- SELIMUT
- MUG
- SUDU DAN GARFU
- PINGGAN DAN MANGKUK
- HANGERS
- PENGEPIT BAJU
- JAM LOCENG
- IRON
- BOTOL AIR
- AL-QURAN DAN YAASIN
- CARPET KECIL


Credit to : 
- Cikgu Hairul (Khairul Amran) : http://www.cikguhairul.com
- Tengku Iji : http://www.tengkuiji.my
- Jom Klik Blog : http://jomklikblog.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Assalam mau tanya...baju kurung limit berapa helai klau form 6?boleh x pakai jubah?

    BalasPadam