Objektif Dan Matlamat PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
Tarikh Semakan Calon PLKN 2014
Calon untuk PLKN sesi 2014 boleh disemak mulai bulan Julai 2013.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih ragu-ragu berkaitan PLKN, anda masih boleh membuat pertanyaan / aduan / cadangan secara terus dengan emelkan pertanyaan / aduan / cadangan tersebut ke upsrpmrspmstpm@yahoo.com, atau terus ke laman fan page di facebook http://www.facebook.com/PLKN2012 atau terus membuat pertanyaan / aduan / cadangan ke website rasmi PLKN http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=2897
Calon PLKN 2014
Calon yang tersenarai dan terpilih untuk mengikuti sesi latihan PLKN akan mengikuti latihan mulai Januari 2014. Pemilihan adalah berdasarkan prestasi pelajar dan juga dipilih secara rawak.
Semakan Senarai Nama PLKN 2014 Online
Untuk pengetahuan calon, semakan senarai nama yang berjaya boleh dibuat mulai bulan Julai 2013 ini. Harap maklum
Semakan SMS PLKN 2014
Taip: PLKN SEMAK <No KP anda> Hantar ke 15888
Nota: Applikasi semakan hanya boleh dibuat pada bulan Julai 2013 setelah sesi PLKN 2014 dibuka.
Maklumat Lanjut Program PLKN 2014
Sila layari http://apps1.khidmatnegara.gov.my/
*****************************************************************
NEWS : PLKN - Remaja 18 Tahun Ke Atas Wajib Sertai Menjelang 2014
Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan mewajibkan semua remaja berusia 18 tahun ke atas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjelang 2014, kata Pengerusinya Datuk Dr Tiki Lafe hari ini.
Namun begitu, beliau berkata remaja yang mengalami masalah kesihatan mental, tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), tahanan dan mereka yang menghidap penyakit berjangkit akan dikecualikan menyertai program tiga bulan itu.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga mahu penglibatan semua remaja yang berusia 18 tahun ke atas di negara ini dalam PLKN.
"Ini adalah sasaran awal pelaksanaan PLKN sejak tahun 2004 tetapi kita menghadapi kekurangan sumber untuk menyediakan prasarana latihan serta jurulatih," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan PLKN Kumpulan 2 Siri 6/2009, di Kem Puncak Permai Bau, dekat sini, Ahad.
Pada masa ini, remaja yang berusia 18 tahun ke atas dipilih secara rawak untuk mengikuti PLKN di 83 buah kem di seluruh negara.
(Sumber: Bernama - 7/6/2009 - 18:18pm)
Email ke : upsrpmrspmstpm@yahoo.com
Laman Fan Page Facebook PLKN : http://www.facebook.com/PLKN2012
Maklumbalas di website PLKN : http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=2897
Website Rasmi PLKN : http://www.khidmatnegara.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan