Ahad, 5 Mei 2013

KEPUTUSAN MUET MARCH 2013 / MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) March 2013 Result


Keputusan Ujian Muet Sesi Mac 2013 Diumum 6 Mei


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
March 2013 Result


KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Mac 2013 melibatkan 40,378 calon akan dikeluarkan pada 6 Mei ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam kenyataan Khamis berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUETRESULT dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 6 Mei 2013.

Mereka juga boleh bebuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://webmpm.mpm.edu.my/muet_result/ mulai 9 pagi, 6 Mei.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 14 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM.

Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei ini.

-- BERNAMA

CLICK GAMBAR UTK SEMAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan