*Format Karangan STPM Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan :
Soalan :
Apakah produk-produk pelancongan yang boleh menarik
perhatian pelancong asing datang ke Malaysia dan apakah langkah yag perlu
diambil untuk memajukan industri pelancongan di negara kita.
Karangan
Penuh
Apabila kita membaca
akhbar, kita sering didedahkan dengan iklan berkenaan produk-produk pelancongan
yang menarik perhatian pelancong asing untuk datang ke Malaysia . Secara
umumnya, isu berkenaan produk-produk pelancongan dapat dijelaskan sebagai keindahan dan
kecantikan pelancongan di Malaysia yang menjanjikan pengalaman yang amat
menyeronokkan kepada mereka yang datang berkunjung. Sebelum ini, isu berkenaan
tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada ia hanya
perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan.
Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan peningkatan jumlah kes
berkenaan produk-produk pelancongan yang menarik kedatangan pelancong asing
seperti yang telah dikeluarkan oleh kementerian pelancongan. Perkara ini turut
ditegaskan oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen
Yen dalam majlis yang dihadiri beliau
baru-baru ini. Pelbagai produk pelancongan ditawarkan di Malaysia dan pelbagai
langkah-langkah perlu di ambil untuk mengembangkan industri pelancongan Negara
kita.
Salah satu produk yang dapat menarik pelancong asing datang
ke Malaysia ialah dengan penghasilan produk kraf tangan yang menarik. Produk kraf tangan yang menarik dapat dijelaskan sebagai produk yang
mampu menarik pelancong asing untuk melihat dan membelinya. Terdapat pelbagai pilihan produk kraf tangan yang
berasakan buluh, rotan dan mengkuang seperti kerusi, tudung saji dan tikar.
Kebanyakan kraf tangan dapat menarik pelancon asing kerana kraf tangan
memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkannya serta cara
penghasilannya yang unik. Oleh itu, produk kraf tangan masih dikekalkan
bertujuan untuk memartabatkannya di Malaysia. Produk kraf tangan sering
mendapat kunjungan daripada pelancong asing yang ingin menjadikannya sebagai
perhiasan rumah atau sebagai kenang-kenangan seperti yang dilaporkan oleh
akhbar Kosmo. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa produk kraf tangan mampu menarik pelancong asing untuk datang ke
Malaysia.
Salah satu
produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong asing datang ke Malaysia
ialah produk seni budaya. Produk seni budaya dapat dijelaskan sebagai sesuatu
produk yang mampu memikat hati masyarakat seluruh dunia. Apabila produk-produk
pelancongan di Malaysia dapat memikat hati hati masyarakat seluruh dunia,hal
ini mungkin akan menaikkan nama negara Malaysia di mata dunia. Oleh itu,
Menteri Pelancongan perlulah bergiat aktif dan bekerjasama dengan Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan agar berkembang maju. Contohnya,mengadakan
festival mengenai kesenian. Produk seni budaya yang berpunca daripada matlamat
kerajaan yang mengamalkan kepelbagaian strategi dalam memenuhi cita rasa
pelancong yang gemarkan sesuatu yang unik telah berlaku di Negara ini seperti
yang telah dilaporkan oleh akhbar berita Harian Malaysia baru-baru ini. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa produk-produk pelancongan yang boleh menarik pelancong
asing datang ke Malaysia ialah produk seni budaya.
Salah satu langkah yang
perlu diambil untuk memajukan industri pelancongan ialah menambah kemudahan
pengangkutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara
kita. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan dapat dijelaskan sebagai kemudahan
yang disediakan kepada orang awam dan pelancong untuk bergerak ke satu tempat
ke tempat lain. Apabila pelancong menggunakan kemudahan pengangkutan dan
perhubungan yang disediakan, pelancong dapat menggunakan peluang yang lebih
banyak untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Oleh itu, pelancong dapat
melawat lebih banyak tempat-tempat menarik di seluruh negara dan berasa selesa
apabila berkunjung ke Malaysia. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina
kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah
dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah
terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang
ingin melawat ke Malaysia. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kemudahan pengakutan dan perhubungan sedia ada perlu
ditambah bagi menarik lebih banyak pelancong berkunjung ke Malaysia.
Selain
itu, langkah lain untuk menarik pelancong juga boleh dilakukan dengan
mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia. Pameran dapat dijelaskan
sebagai suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina
bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya
dan untuk menarik perhatian orang ramai untuk mengunjunginya. Apabila pameran
kejohanan besar dilakukan, negara dapat menarik pelancong luar untuk
mengunjungi Malaysia disamping dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh
daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Oleh itu, kedatangan pelancong ke negara kita
juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja . Contoh
pameran bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA),
Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa dengan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf
dunia, negara akan menarik lebih banyak pelancong luar untuk mengunjungi
Malaysia.
Di samping itu, langkah
lain juga ialah memajukan industri pelancongan ialah mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan. Mengadakan
kempen-kempen dan promosi pelancongan dapat dijelaskan sebagai salah satu daya
tarikkan para pengunjung untuk datang melancong dinegara ini. Apabila Kementerian Pelancongan boleh mengadakan kempen ini di
dalam atau di luar negeri,pusat-pusat penerangan pelancongan serta
rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara harus ditambah.
Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat
mengetahui keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka untuk
melancong dan berehat di sini.
Kempen-kempen
dan promosi pelancongan adalah langkah untuk memajukan industri pelancongan
pada masa kini isu ini berlaku di negara ini sendiri seperti yang dilaporkan
oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
kempen-kempen dan promosi pelancongan adalah satu langkah yang baik untuk
meningkatkan lagi industri pelancongan
di negara ini.
Kesimpulannya, produk
pelancongan yang menarik dan langkah yang berkesan boleh menarik perhatian
pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia. Antara produk pelancongan yang
ditawarkan di Malaysia untuk menarik perhatian pelancong asing ialah dengan penghasilan produk kraf tangan
yang menarik dan melalui produk seni budaya. Langkah menarik perhatian
pelancong pula ialah menambah kemudahan pengangkutan dan perhubungan, dan mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia.
Oleh sebab pelbagai langkah bagi menarik pelancong luar mengunjungi Malaysia
telah dilakukan, pelbagai kesan positif telah diterima negara antaranya ialah
dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke
negara kita dan dapat memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar. Perkara
ini pernah ditegaskan oleh YB. Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen dalam ucapan beliau
sempena cuti-cuti Malaysia. Oleh itu,
semua pihak, iaitu orang perseorangan, masyarakat umum, pihak swasta dan
kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk menarik
perhatian pelancong asing supaya datang ke Malaysia. Kerjasama ini amat
bersesuaian pula dengan Pelaksanaan konsep
1 Malaysia.
Bibliografi
:
2. Berita
Harian, Pengangkutan Rakyat Ditingkat, Johaari Ibrahim, 06/01/2012
Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.
BalasPadamBeberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)
Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.
Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)