Rabu, 21 Mac 2012

Analisis Keputusan SPM 2011

PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Gambar Hiasan >,<
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu.

“Pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori ‘cemerlang’ dan ‘baik’ masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah,” katanya ketika mengumumkan SPM 2011 Keputusan analisa di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.

Abdul Ghafar berkata, sekolah-sekolah berkenaan diukur menggunakan Gred Purata Sekolah (GPS) dan dikategorikan sebagai “sangat baik”, “baik”, “memuaskan”, dan “berpotensi”. – bernama



*************************************************



Tahniah Pada semua lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2011, dan kepada yang kurang bernasib baik, jangan la bersedih, sesungguhnya Allah telah esok adalah permulaan kepada hari yang lebih bermakna. 

Jika kita lemah, kita akan terus berputus asa. Sedih, sayu, mengseposenkan muka sambil memerhati senyuman kejayaan orang lain dari jauh. Sebaliknya, yakinlah dengan rahmat Allah SWT dengan sebenar-benar yakin. Berjanjilah kepada diri kita sendiri, bahawasanya selepas ini kita akan berusaha dengan sepenuh jiwa. Insya Allah kita akan berjaya kelak.

Senyum dan senyum. Semoga berjaya memilih masa hadapan yang cemerlang :)

Ahad, 18 Mac 2012

SPM : Teknik Menjawab Perdagangan Kertas Dua

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2


1) PERUNTUKKAN MASA
* Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.
* Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.
* Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.
* Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih susah kemudian.
* Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain.
* Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.
* Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lain
* Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda
* Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan markah.
* Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.


2. PEMILIHAN SOALAN

* Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan
wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).
* Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang penting.
* Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan fakta yang banyak.
* Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan yang salah.
* Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain.
* Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna
anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang anda
rasa tak memuaskan tadi.

Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda yang
terbaik.


3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN


1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan panjang berbentuk esei
2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara purata) atau 1 1/2 - 2 muka surat. (Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira patah perkataan)
3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan. Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.
4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak soalan.
5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.
6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan 7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut susunan yang rapi.
8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang lain.
9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan tepat.
10. Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.
Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}
11. Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan
12. Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
13. Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru. Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.
14. Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.
15. Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan berdasarkan perkara yang sama. Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.
16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak soalan.
17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.


4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI
1. Pengetahuan / fakta / terangkan
2. Buat nota ringkas
3. Perbezaan / Persamaan
4. Kajian kes
5. Kebaikan dan Keburukan
6. Fungsi / Peranan /Perkhidmatan


5. KEHENDAK SOALAN


Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dan mesti diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan. Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.

a. Terangkan / Jelaskan : Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah supaya pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan

Contohnya: “Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan”.
Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran

b. Huraikan : Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan .
Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad

c. Bincangkan : Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan.
Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.

d. Berikan : Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak memerlukan penjelasan yang lebih lanjut
Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan

e. Takrifkan : Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti.
Contohnya: Takrifkan pengkhususan

f. Nyatakan : Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan teliti Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat

g. Bezakan : Memberikan perbezaan di antara dua perkara
Contohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri

h. Buat Perbandingan : Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk mencari perbezaannya
Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api

i. Tuliskan nota-nota ringkas : Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas
Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah:
a. Cek Kembara
b. Invios Pro-forma
c. Poslaju
d. Kontenarisasi

j. Bagaimana / Dengan cara apakah : Memerlukan anda membentangkan cara-cara melakukan sesuatu
Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan

k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab : Memerlukan anda memberikan alasan satu demi satu untuk menerangkan sesuatu
Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?

l. Apakah / Apakah yang dimaksudkan : Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja
Contohnya: Apakah cek kosong?


JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR. MANFAAT MASA 2 JAM TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN.


BEBERAPA KELEMAHAN JAWAPAN PERDAGANGAN KERTAS 2
1. Gagal memahami kehendak soalan, terutama soalan-soalan yang berbentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kehendak soalan tidak jelas di mana pelajar diminta untuk mencari sendiri kehendak soalan dripada petikan atau ransangan yang diberikan. Dalam hal ini. calon perlu memastikan kehendak terlebih dahulu supaya tidak tersalah tafsir dan terpesong. Hanya dengan kefahaman mendalam tentang tajuk tersebut membolehkan calon menjawab soalan tersebut.


2. Calon tidak mempersembahkan jawapan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan. Jawapan kekurang fakta. Misalnya,15 markah diperuntukkan untuk satu soalan. Maka, 5 isi diperlukan (5 x 3 =15 m) sedangkan pelajar jawab kurang daripada sepatutnya. Terdapat calon menjawab terlalu panjang sampai 2 muka surat untuk markah yang kecil .Misalnya 8 markah.Pelajar perlulah memastikan berapa isi bagi markah yang diperuntukkan.(Misalnya;8m=4isi x 2m atau 16m=4isi x 4m)


3. Calon tidak merancang masa mengikut peruntukan markah. Misalnya, pelajar menjawab dengan panjang lebar bagi markah sedikit dan menjawab dengan ringkas bagi jawapan panjang.


4. Kurang mahir mengaitkan satu konsep dengan satu konsep yang lain. Ramai pelajar tidak dapat mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Padahal pelajar tahu kedua-dua konsep tersebut.
Contoh. SPM1999- Terangkan bagaimana keperluan dan kehendak mewujudkan aktiviti perdagangan.


5. Tidak merangka jawapan terlebih dahulu. Ini menyebabkan fakta diulang-ulang beberapa kali.Fakta tidak tersusun dan mengelirukan. Oleh itu Calon perlu membaut rangka jawapan dalam tempoh 3 -5 minti supaya jawapan tersusun dan tidak berulang-ulang atau terlupa untuk dihuraikan.


6. Jawapan yang tidak teratur, tidak tersusun, tidak jelas dan tulisan sukar dibaca. Terdapat jawapan di'rojak'kan semua dalam satu perenggan, tonggang langgang, dan sukar difahami


TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A+


1. Kuasai bab-bab penting
- Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.Jadikan anda pakar dalam bab-bab tersebut.Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda boleh jawab. - Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan mengumpulkan semua soalan dari bab tesebut dan cuba jawab.Kumpulkan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas untuk menbiasakan diri dengan soalan-soalan SPM.


2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar 
- Bagi bab-bab lain, tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak keluar. - contohnya: Dokumen dalam negeri atau pemasaran


3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan 
- Buat nota poket atau peta minda,yang mudah dibawa ke sana-sini - Nota ini penting menjelang peperiksaan untuk dibaca sepintas lalu - Pembacaan buku rujukan atau nota panjang pada saat akhir,hanya membuatkan anda panik malah boleh menghilangkan memori anda tentang sesuatu perkara.


4. Belajar secara berkumpulan 
- ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri atau sering tertidur - apa yang anda boleh buat:- 1. Buat nota ringkas atau bandingkan nota ringkas anda dengan kawan-kawan 2. Buat kuiz dan latih tubi Timbulkan persaingan antara satu sama lain.


3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .
Bandingkan jawapan anda dengan kawan-kawan anda.


KENAPA MESTI SKOR CEMERLANG DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN


1. Untuk memperbanyakkan bilangan A. terutama A+.


2. Menepati syarat kemasukan ke Matrikulasi Ekonomi / Pengurusan
Mengikut syarat-syarat kemasukan ke IPTA dalam buku panduan UPU , antara mata pelajaran yang diambil kira ke matrikuslasi ialah matapelajaran Perdagangan. Anda mesti skor A1,A2 atau C3. (Juga mesti kredit dengan baik dalam Matematik dan Bahasa Inggeris)


3. Asas pemilihan pelajaran subjek Pengurusan Perniagaan STPM
Bagi pelajar yang ke Tingkatan 6, mata pelajaran perdagangan membolehkan mereka memilih subjek Pengurusan Perniagaan STPM.




7. BAB-BAB PENTING.


1. Bab 1 & Bab 2 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
2. Bab 3 & Bab 4 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
3. Bab 7 - Perniagaan Luar Negeri.
4. Bab 9 - Bank dan Institusi Kewangan.
5. Bab 10 - Insurans.
6. Bab 11 - Promosi.
7. Bab 12 - Pengangkutan.
8. Bab 15 - Keusahawanan.
9. Bab 16 - Pelaburan.


PENEKANAN KEPADA TAJUK-TAJUK INI HANYA DIBUAT SETELAH SEMUA BAB TELAH DIFAHAMI DAN DIULANGKAJI.
PENEKANAN HANYA UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.
UNTUK LEBIH SELAMAT, BAB-BAB PENTING MESTI DIBACA KESELURUHANNYA
SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM SPM KEJAYAAN ANDA MATLAMAT KAMI………

SPM : Teknik Menjawab Perdagangan Kertas Satu

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1


A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit
Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan
Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah)
Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.


B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
* Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.
* Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
a. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang betul.


C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA
* Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi


* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.


Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.


D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama.
2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab
3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.
4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali.
5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah.
6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan.
7. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan
8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .


E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF 
A. Aneka Pelengkap


1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha
A. untuk mencari untung
B. meningkatkan taraf hidup
C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan


B. Aneka Pilihan


2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan perniagaannya kepada perkongsian?
I. mengurangkan persaingan
II. mendapatkan lebih banyak modal
III. mengurangkan risiko kerugian
IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan


A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV


(Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawapan. Dalam soalan di atas, Jika sukar untuk mencari jawapan tepat. maka tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat. Akhir sekali, jika terdapat 2 jawapan yang sukar dibezakan. Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda betul lebih tinggi.)


********************************************

Tarikh / Takwim / Kalendar Peperiksaan UPSR 2012, PMR 2012, SPM 2012, STAM 2012, STPM 2012 dan MUET 2012

Pelajar-pelajar boleh rujuk pada takwim peperiksaan tahun 2012 di bawah:-

Tarikh / Takwim / Kalendar Peperiksaan UPSR 2012, PMR 2012, SPM 2012, STAM 2012, STPM 2012  dan MUET  2012
  • UPSR
3 Hari - 11 September 2012 – 13 September 2012

  • PMR
5 Hari - 09 Oktober 2012 – 11 Oktober 2012 dan 15 Oktober 2012 – 16 Oktober 2012

  • STAM
8 Hari – Lisan : 09 Julai 2012 – 12 Julai 2012 dan 16 Julai 2012 – 19 Julai 2012
7 Hari – Bertulis : 16 Oktober 2012 – 18 Oktober 2012 dan 22 Oktober 2012 – 25 Oktober 2012

  • SPM (ULANGAN)
2 Hari - 13 Jun 2012 - 12 Jun 2012

  • SPM
5 November 2012 - November 2012

  • STPM
6 November 2012 – 6 Disember 2012

  • MUET
3 Mac 2012 (Sesi Mac)
28 Julai 2012 (Sesi Julai)
10 November 2012 (Sesi November)
* Tarikh-tarikh diatas tertakluk kepada pindaan oleh pihak Lembaga Peperiksaan / Majlis Peperiksaan Malaysia.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 – 8884 3346

*** Sila klik :

SPM : Karangan Kebaikan dan Keburukan Membaca Novel

Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.
Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.

Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.

Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.

Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik.

Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.

STPM : Soal Jawab Tanggungjawab Suami Isteri & Zihar (Syariah)

Soal Jawab Tanggungjawab Suami Isteri
Soal Jawab : Isteri Tak Hormat Suami
*************

DULU saya seorang yang bekerjaya, namun menamatkan perkhidmatan beberapa tahun yang lalu kerana ingin mencuba peluang dalam dunia perniagaan.
Malangnya perniagaan tidak berjaya dan kini saya membantu isteri menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan hampir 10 tahun lalu.
Namun, saya tersentuh dengan cara pertuturan isteri yang sering mengungkit kegagalan saya. Saya merasakan dia tidak menghormati saya sebagai pemimpin dan ketua di dalam rumah tangga kerana segala sumber nafkah dia yang membantu.
Saya turut membantu melaksanakan tanggungjawab di dalam semua urusan perniagaan ini. Saya merasa tertekan dengan situasi itu terutama apabila membabitkan hubungan intim yang mulai dingin.
Bagaimanapun, saya tetap berprasangka baik terhadapnya supaya dia tidak berdosa di atas perbuatan yang dilakukan itu.

Jawapan :
HUBUNGAN suami isteri ada naik dan turun, baik dan buruk. Begitu juga hubungan sesama kawan dan dalam masyarakat.
Menyentuh hubungan antara suami isteri, Islam sudah menggariskan hak dan tanggungjawab antara mereka. Setiap pasangan hendaklah berusaha melaksanakan hak dan tanggungjawab berkenaan. Hubungan suami isteri juga dibina atas asas kasih dan sayang.
Pasangan hendaklah saling pupuk memupuk perasaan itu. Antaranya membabitkan hubungan perasaan dan seksual.
Justeru bawalah berbincang dengan isteri berkenaan hal berkenaan secara baik dan berhikmah supaya tidak menyinggung perasaan antara satu sama lain.
Anda sememangnya menyedari tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk sebagai pendidik kepada isteri. Al-Quran menerangkan penyelesaian kepada isu suami isteri, antara dalam Surah al-Nisa’, iaitu: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah melebihkan orang lelaki atas wanita dan juga kerana orang lelaki membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah al-Nisa’ ayat 34)
Carilah jalan yang sebaiknya menyelesaikan kemelut perasaan anda dengan isteri. Luahkan secara baik dan ikatkan isteri dengan ajaran agama. Semoga ada perubahan dalam tingkah laku isteri nanti.

**************
SOAL JAWAB ZIHAR
Soalan :

Assalammualaikum.       
Saya ada kemusykilan berkaitan topik ZIHAR, bolehlah tolong bagi nasihat sekiranya tidak keberatan.    
Begini ceritanya; Saya baru beberapa bulan berumahtangga. Saya suka bergurau senda dan melawak dengan isteri (walaupon lawak bodoh). Lawak bodoh camne pon, isteri tetap gelak... tapi kalau dia tak gelak, saya akan paksa dia gelak...
Ade satu hari tuh saya bernyanyi-nyanyi mengiringi iklan di TV, "... who's next your mother, who's next your mother... and then your father...". Sambil menyanyi tuh saya melakukan aksi-aksi menambah perisa, kemudian tah camne saya boleh tersebut, "... my mother.." sambil jari menunjuk kearah isteri. Serentak itu kami tersentak, dan teringatkan tentang ZIHAR .
Soalannya, jatuh ZIHAR ke?
Walaupun saya tidak menyamakan anggota badan isteri dengan Mahram saya? Apa yang sepatutnya saya lakukan?

Jawapan :
Maksud zihar adalah menyamakan isteri dengan mahram. Sebutan tersebut tidak termasuk zihar.

**************************************

Soalan: suami saya melihat anak kecil (lelaki) saya menggosok-gosok matanya dan dia berkata, 'sebijik macam mak gosok mata'.  Soalan saya adakah ini dikira zihar?
Jawapan ringkasnya:
Zihar ialah talaq pada zaman jahiliyah. Pada masa itu, apabila suami membenci isterinya dan tidak mahu si isteri itu mengahwini lelaki lain, maka dizihar isterinya itu. Setelah dizihar, si isteri tergantung-gantung. Tidak boleh disetubuhi oleh suami dan tidak boleh mengahwini lelaki lain. Tiada jalan keluar bagi isteri dan suami untuk bersama lagi. Islam datang menyelesaikan permasalahan ini, di mana suami membayar kafarah.
Zihar adalah sebahagian dari dosa besar.
----------------

Masalah: Suami saya melihat anak kecil (lelaki)saya menggosok-gosok matanya dan dia berkata, 'sebijik macam mak gosok mata'.  Soalan saya adakah ini dikira zihar?
Jawab: Tidak dikira sebagai zihar, kerana zihar hanya berlaku antara suami dan isteri sahaja.
Sekian. Wallahu a'lam.

Sabtu, 17 Mac 2012

SPM : PEP PERCUBAAN SPM SELARAS SBP 2011

Soalan Percubaan SPM Selaras SBP 2011 (MediaFire)
Click untuk Download.

Bahasa Melayu 
Bahasa Inggeris 
Mathematics 
Additional Mathematics 
Pendidikan Islam 
Physics 
Chemistry 
Biology 
Sejarah 

PMR : Trial PMR Selaras SBP 2011

(MediaFire)

Bahasa Melayu 
Bahasa Inggeris 
Science 
Mathematics 
Sejarah 
Geografi 
Pendidikan Islam 
Kemahiran Hidup 1 
Kemahiran Hidup 2 

STPM : Pentaksiran Baharu STPM Sesi 2012/2013

Pentaksiran baharu STPM akan mula dilaksanakan pada tahun ini iaitu untuk pelajar yang akan mendaftar Tingkatan 6 Rendah( 2012). Pelajar Tingkatan 6 Atas pada tahun ini (2012) tidak tertakluk kepada perubahan penraksiran baharu ini.

Secara ringkasnya, sesi pembelajaran selama satu setengah tahun akan dibahagi kepada 3 penggal seperti di kolej/universiti tetapi mengikut takwin persekolahan biasa. Setiap penggal pelajar akan ditaksir selain pentaksiran berasaskan sekolah akan diperkenalkan mulai 2012.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pentaksiran STPM baharu ini , berkenaan Sukatan Pelajaran baru, Surat Pekeliling dan Peraturan dan Skema Peperiksaan sila rujuk ke link berikut :

http://www.mpm.edu.my/

Bagi guru-guru yang mengajar Tingkatan 6, kita akan memperolehi banyak maklumat dalam tempoh terdekat ini.

STPM : Tips Menjawab Pengajian Am

BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.

PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)

IDEA UTAMA : 4 M
HURAIAN : 12 M
BAHASA : 4.5 M
IMPAK : 4.5 M
JUMLAH 25 M

Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B.

1. LARAS.
Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan Bahagian A (Esei laras sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei laras sains). 
PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN LARAS YANG DIKEHENDAKI.

2. RANGKA. 
Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama sebelum memulakan esei.
RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN ANDA.

3. PATAH PERKATAAN.
Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan.

4. PERENGGAN. 
Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (30-40 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk idea dan huraian. Perenggan keenam untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)

5. AYAT. 
Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei anda. Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap.

6. MASA.
Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya.

MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN

Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.
Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang tersirat/tersembunyi.
Merangka esei anda.
KATA KUNCI SOALAN.

1.BINCANGKAN.
Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut:

PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF
PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF
PRO DAN LAIN-LAIN
PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH

2. SEJAUH MANAKAH
Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :

PRO DAN KONTRA
PRO DAN LAIN-LAIN
PRO SAHAJA

3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN, CADANGKAN DLL.
Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.

4. BERIKAN ULASAN
Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.

5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN
Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan.

UNTUK MAKLUMAN PELAJAR, STPM 2007 KESEMUA SOALAN BAHAGIAN A DAN B ADALAH BINCANGKAN.

BAHAGIAN C (PETIKAN)
Terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

1. Roman i - 2 Markah

Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

2. Roman ii - 8 Markah

Aspek pemarkahan:
Idea(2 idea) – 2 Markah
Huraian – 4 Markah
Bahasa – 2 markah

a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea.
b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat.
BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN.
c. Buat dalam satu perenggan sahaja.
d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.

BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)

Aspek Pemarkahan: (15 Markah)
Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah
Kesuaian Teknik (KT) 4 markah
Ketepatan Isi (KI) 4 markah
Kejelasan (KJ) 3 markah

Pengkelasan Angkubah(PA)

1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.
2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT)

1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini.
2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.
3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

Ketepatan Isi (KI)

Maklumat berikut mestilah lengkap:

1. Label Paksi X dan Paksi Y
2. Unit Paksi
3. Tajuk yang lengkap
4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.
5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.
6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta
7. Skala / nisbah jejari yang tepat
8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y

Kejelasan (KJ)

Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS
1. Tajuk Utama
2. Label paksi
3. Petunjuk
4. Skala
5. Sumber

BAHAGIAN E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR)

Ada beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu:

1. Media Statistik (jadual)
2. Media Statistik (graf / carta pai)
3. Media Carta Aliran
4. Media Gambarajah

PMR : Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR


BAHAGIAN A.

1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )

  1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
  2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
  3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
  4. Sintaksis- ringkas & padat.
  5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan
i.                    menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
ii.                  Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
  1. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).

  1. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll
Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.
Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
Tarikh- 20 April 2007
  1. Jangan buat pendahuluan dan penutup
  2. Jangan masukkan contoh.
  3. Jangan masukkan pendapat sendiri.

       11. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas 
          jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.

12. Pemarkahan ringkasan.
Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.
Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat  berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.

   13 . Kelemahan pelajar membuat ringkasan

            - Bahasa kurang lancar.
            - Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
            - Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.
            - Melebihi 80 patah perkataan.
            - Isi kurang.
            - Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah
              anda akan ditolak sebanyak 50%.
  


14. Contoh soalan ringkasan

i.                    Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
            usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat.
ii.                  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
             langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ).
iii.                Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
            kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar.
iv.                Tulis sebuah ringkasan tentang  faktor-faktor para pelajar kurang berminat
 untuk mengunjungi perpustakaan di sekolah.
v.                  Tulis sebuah ringkasan tentang  usaha-usaha untuk mencapai kegemilangan
 sukan di negara kita.


2. Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ).

Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. 2 markah )

Contoh jawapan :
1.      Berikan maksud masa senggang?

Maksud masa senggang ialah waktu lapang . (2 markah).


Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan                 yang tepat. ( 4 markah )

Contoh soalan dan jawapan

2.      Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid.

Pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid ialah kerja rumah dikatakan merompak masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.
      Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah.

Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru/diambil  berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda……..  2 isi  perlu dikemukakan. ( 4 markah ).








Contoh soalan dan jawapan

3.      Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?

Pada pendapat saya, selain menyiapkan kerja rumah. Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran ialah memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.
      Selain itu, murid harus mengikuti program motivasi dan teknik belajar dengan baik untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.


BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).

  1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120  patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
  2. Perenggan- 5 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
3 Perenggan- Isi/huraian
1 Perenggan- Penutup.
  1. Jumlah isi- 3  isi sahaja.
  2. Sintaksis- ringkas & padat.
  3. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
 ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru  dll ).
  1. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
      berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
  1. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah  pelajar akan ditolak.
  2. Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).
-          Ayat yang gramatis.
-          Kosa kata yang luas dan tepat.
-          Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
-          Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
-          Isi menepati kehendak soalan
-          Huraian isi matang dan berkembang.
-          Pengolahannya yang menarik dan berkesan.

PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

  1. Cara membuat pendahuluan. ( 2&3  ayat sahaja ).
Hendaklah membincangkan  tajuk bahan rangsangan yang diberikan.
Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.

b. Cara menulis isi karangan.
          Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
          Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.

c.  Cara penulisan penutup.
    Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan,  bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.


BAHAGIAN C ( KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH.

  1. Jumlah perkataan- Melebihi 180  patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
  2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll
1 Perenggan- Penutup.

  1. Jumlah isi- 3   /   4  isi sahaja.
  2. Sintaksis- ringkas & padat.
  3. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
 ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Di samping itu,  dll ).
  1. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
      berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
  1. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah  pelajar akan ditolak.

PEMBINAAN KARANGAN.

Contoh Soalan – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

i. Cara menulis pendahuluan.
-          Pastikan 1 perenggan sahaja.
-          Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis.
-          Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan pernyataan yang merangsang pemikiran dan menarik  perhatian pemeriksa.
-          Boleh  selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan berjawab dll.

Contoh pendahuluan-
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita acap kali mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Sikap suka menuding jari menyalahkan pihak lain adalah perkara biasa jika kejadian seumpama ini berlaku. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Semua pihak harus memain peranan masing-masing dalam menanggani masalah ini. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

ii. Cara menulis isi karangan.

          - Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
          - Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
          - Pastikan tidak berlaku pengulangan isi.
          - Formula ( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana + Kesan/ Contoh )


Contoh Isi karangan
Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa. Yang terbaharu, kejadian di Bukit Antarabangsa tahun 2009 juga telah merosakkan banyak harta benda.

iii. Cara menulis penutup karangan
-          Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda huraikan.
-          Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.
-         Formula ( Rumusan utama  +  Bagaimana + Kesan )

Contoh- Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.

Soalan karangan yang popular.

  1. Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.
  2. Surat Rasmi dan Tidak Rasmi.
  3. Karangan Laporan.
  4. Karangan Perbincangan/Pendapat.
  5. Karangan Bertajuk Peribahasa.
  6. Karangan Cereka/keperihalan.
  7. Karangan Syarahan/perbahasan

Soalan yang ditanya merangkumi diri sendiri,keluarga,sekolah,masyarakat dan negara.
Perkara yang perlu diberi perhatian semasa menulis karangan

  1. Adakah menjawab soalan?
  2. Adakah isi/idea relevan atau tepat?
  3. Adakah bahasa sesuai atau tidak?
  4. Adakah pengolahan menarik atau tidak?

Topik yang perlu diketahui dan dikuasai
i.                    Kemasyarakatan
ii.                  Pendidikan
iii.                Akhlak dan disiplin remaja
iv.                Sains dan teknologi


BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.

  1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.
  2. Perenggan- 3 perenggan.
  3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.
      PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.
  1. Permarkahan- Isi ( 6 markah )
                           - Bahasa ( 4 markah ).
5. Topik penting dalam Komsas
1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah )
2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji         
 ( 10 markah ).
      3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ).
          Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan
          contoh yang sesuai. ( 10 markah ).
4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji
     ( 10 markah ).
5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan  yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ).
  1. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 9 10 markah ).
  2. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
  3. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai ( 10 markah )
  4. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui ( 10 markah ).
  5. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).


FORMULA MENJAWAB SOALAN KOMSAS
(    BARNIAT    YANGHORJIN    )

BAR = SABAR
NI= BERANI
AT= TAAT
YANG= SAYANG
HOR= HORMAT
JIN= RAJIN.

Novel yang saya kaji ialah Novel Ekspedisi  karya Mohd. Ghazali Tocheh. Persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel ini antaranya persoalan kesabaran menghadapi cabaran  hidup. Hal ini dapat dibuktikan melalui watak Hadi  yang sabar menghadapi karenah bapanya Pak Salleh yang begitu membenci Cikgu Murad sehingga sanggup menuduh Cukgu Murad sebagai penjenayah.
            Selain itu, Persoalan keberanian menghadapi pelbagai rintangan dan halangan hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang amat berani menghadapi bahaya bermalam berhampiran sungai ketika mengikuti ekspedisi Gunung Itik dan ketika hampir bertembung dengan seekor harimau di dalam hutan.
            Dalam pada itu, ketaatan kepada orang tua antara persoalan yang terdapat dalam novel ini. Hal ini dapat pada watak Hadi yang taat kepada orang tuanya Pak Salleh dan Mak Jamilah supaya belajar dengan bersungguh-sungguh..Begitu juga Hadi taat kepada arahan Pak Musa  semasa berada di dalam hutan ketika mendaki Gunung Itik.
            Persoalan hormat kepada guru dan orang yang lebih  tua. Hal ini dapat dilihat pada watak Hadi yang menghormati gurunya iaitu Cikgu Murad dengan mematuhi nasihatnya.Hadi juga hormat akan ibu bapa Pak Salleh dan Mak Jamilah dengan tidak meninggikan suara semasa bercakap.
            Persoalan kerajinan dalam menjalankan tugas. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang rajin membantu ibu bapa dengan membasuh pinggan selepas makan. Hadi juga rajin membuat kerja sekolah dan mengikuti aktiviti di sekolah.


SPM : Karangan Peranan Persatuan Pengguna

PERANAN PERSATUAN PENGGUNA DI NEGARA KITA.
(Ubah suai karangan ini supaya sesuai untuk SPM)

............Saban tahun kita kerap membaca berita mengenai pengguna yang tertipu akibat kerakusan peniaga. Hal ini berlaku kerana kejahilan pengguna sendiri yang tidak tahu peranan mereka sebagai pembeli. Keadaan ini menyebabkan kita terfikir apakah peranan persatuan pengguna dalam menangani masalah pengguna di negara ini.Sebenarnya, persatuan pengguna memainkan peranan penting untuk membantu pengguna mengatasi masalah penipuan oleh penjual.

............Isu kenaikan harga barang-barang mula mendapat perhatian media massa terutama selepas kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada pekerja kerajaan. Hal ini bertambah parah apabila berlaku kenaikan harga minyak sehingga mengakibatkan penjual mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang dijual. Berita kenaikan harga barang mula dipaparkan dan pelbagai tindakan telah dilakukan terutama oleh kerajaan untuk membanterasnya. Ada yang berjaya dan ada juga yang hanya cakap-cakap angin sahaja. Cuma, kita tertanya-tanya mengenai peranan persatuan pengguna dalam kemelut yang semakin mencengkam rakyat ini.

............Dalam menangani situasi negatif ini persatuan pengguna perlulah menjelaskan dan menerangkan hak serta kepentingan pengguna dengan lebih mendalam. Persatuan pengguna boleh menjalankan kempen bagi menjelaskan betapa pentingnya pembeli berbelanja dengan bijak. Penerangan ini mampu menyedarkan sebilangan penngguna yang akan memastikan mereka hanya membeli keperluan yang penting dan bukan berbelanja mengikut kemahuan. Kempen penerangan ini seelok-eloknya dijalankan dalam kalangan pelajar terutama pelajar sekolah agar orang ramai terdidik tentang isu kepenggunaan sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini membolehkan kesannya dirasai dalam jangka panjang apabila masyarakat terdidik dengan ilmu-ilmu kepenggunaan.

............Tambahan pula, persatuan pengguna boleh mendedahkan kepincangan dan penipuan yang dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Nama-nama peniaga ini boleh didedahkan di dada akhbar atau di media massa yang lain untuk makluman orang ramai. Menyenaraikan nama peniaga yang tidak bertanggungjawab di akhbar pengguna dapat mengelakkan orang ramai daripada terus berbelanja di premis mereka dan secara tidak langsung akan membimbangkan peniaga daripada menipu orang ramai. Maklumat seperti ini mampu membantu pengguna untuk berbelanja dengan bijak kerana mereka sudah pasti tidak mahu ditipu oleh peniaga jenis ini.

............Selain itu, pengguna yang mempunyai masalah dengan peniaga setelah membeli produk atau barangan mereka boleh merujuk kepada persatuan pengguna. Kini, semakin banyak kes pengguna ditipu oleh peniaga tetapi pengguna tidak tahu tempat untuk mengadu. Antara kes penipuan peniaga termasuklah dari segi harga, kualiti, kandungan mahupun tarikh sah luput barangan yang dibeli malah barangan yang dijual sebenarnya indah khabar dari rupa. Justeru, kehadiran persatuan pengguna dalam memberi nasihat kepada pengguna untuk mengambil langkah susulan menangani masalah mereka amatlah besar kesannya. Keadaan ini boleh menyebabkan nasib pengguna terbela dan tidak terus ditekan oleh golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

............Tambahan pula, kewujudan persatuan pengguna memastikan adanya "pemerhati" senyap di antara pengguna dengan peniaga. Maksudnya, peniaga akan lebih berhati-hati sebelum cuba menipu pengguna kerana sedar setiap tindakan mereka akan dipantau oleh persatuan pengguna. Dalam masa yang sama pengguna pula berasa nasib mereka menerima pembelaan yang sewajarnya. Jadi, kewujudan persatuan pengguna akan memastikan keadaan pasaran sentiasa dalam keadaan baik kerana semua pihak sedar ada pihak ketiga yang memerhatikan keadaan pasaran ekonomi negara.

............Malahan, persatuan pengguna boleh menjalankan perniagaan mereka sendiri. Persatuan pengguna boleh menubuhkan koperasi atau syarikat yang mampu menjual produk kepada pengguna dengan harga yang lebih murah. Kemahiran persatuan pengguna dalam hal-hal meletakkan harga barang sudah pasti memudahkan mereka menjual produk tanpa masalah. Koperasi atau kedai ini boleh dijadikan satu rangkaian di seluruh negara untuk memudahkan masyarakat. Dengan adanya penglibatan persatuan pengguna dalam bidang perniagaan, pengguna berpeluang memperoleh sesuatu barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah dan kompetatif. Pertandingan sihat antara persatuan pengguna dengan peniaga lain juga akan mewujudkan persaingan sihat yang bakal mengawal harga pada tahap yang sentiasa rendah.

............Ringkasnya, persatuan pengguna mempunyai tanggungjawab yang besar dan penting di negara ini. Kewujudannya telah menyebabkan kita sebagai pengguna berasa selamat dan peniaga pula lebih berhati-hati. Cuma sejauh manakah keberkesanan persatuan ini yang masih belum terjawab biarpun ramai pihak beranggapan bahawa badan bebas ini berfungsi sebagai payung untuk melindungi pengguna. Mungkin persatuan pengguna harus mencari jalan yang lebih berkesan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pengguna masa kini.

UPSR : Tips - Calon perlu tenang bagi mudahkan menjawab soalan

BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.

Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

BAHAGIAN A 
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

Langkah pertama

Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).


Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.


Langkah ketiga

Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).

Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.

Langkah keempat 

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.

Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.

Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

BAHAGIAN B 

Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik.

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan FMK (Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332.

Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat.

Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas.

Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.


Langkah pertama - Pilih soalan

Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya: Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong.

Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakan tindakan". Kehendak soalan ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan", manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.


Langkah kedua - Merangka karangan

Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi" atau "Teknik Penyoalan".

Langkah ketiga - Menulis karangan

Pastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya:

1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam atau luar negara.

Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC (isi, kesan dan contoh).

Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.

Langkah keempat - Semak karangan

Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C.

BAHAGIAN C

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.

Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.

Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang mengucapkan terima kasih".

Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan iaitu:

Langkah pertama

Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

Langkah kedua

Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:

a) Pengajaran - Rajin
b) Perbuatan - mengulang kaji pelajaran
c) Mengapa - lulus periksa

Langkah ketiga

Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.


Langkah keempat

Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.

Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian A ialah tiga minit untuk memahami gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. Untuk Bahagian B (10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan).

Untuk Bahagian C (lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak). Lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C.