Isnin, 10 Ogos 2015

8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai

8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai


Tentu anda suka bila anda dipuji sebagai orang yang bijak. Untuk menjadi manusia yang bijak, anda mestilah mempunyai akal yang hebat membuat pertimbangan. Akal yang hebat pula mestilah lahir daripada otak yang cerdas. Jom kita ikuti 8 tips untuk menjaga otak anda supaya menjadi lebih bijak dan pandai!

 8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai

1. Wajib mengambil sarapan pagi

Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari. Seseorang yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan ini akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.


2. Elak makan secara berlebihan

Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.


3. Jangan merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.


4. Elak daripada mengambil gula secara berlebihan

Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.


5. Hidu udara yang bersih

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.


6. Tidur secukupnya, tapi jangan berlebihan

Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.


7. Tidur dengan menutup muka

Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.


8. Kurang berimaginasi/berfikir

Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.

  
Credit : http://www.cikguhailmi.com

Ahad, 9 Ogos 2015

LEPASAN SPM/STPM : Permohonan SPA8i Perkhidmatan Awam (SPA/Separa Perubatan)

Assalammualaikum.

Memandangkan admin merupakan seorang penganggur yang sedang menanam anggur selepas habis study di salah sebuah kolej di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dan sedang menunggu surat panggilan masuk kerja. admin di sini nak bagi tutorial permohonan secara atas talian untuk mengisi borang permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam buat semua termasuk lepasan SPM, lepasan STPM, pelajar IPTA/IPTS, penganggur atau mereka yang ingin bekerja di bawah kerajaan.

Buat pengetahuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam turut menyediakan Latihan Separa Perubatan bagi mereka yang berminat. Latihan ini berjalan selama 3 tahun dan setiap bulan pelatih akan menerima elaun sebanyak RM850 sebulan. Latihan tersebut akan dijalan di Kolej-kolej dibawah kendalian Bahagian Pengurusan Latihan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas 3 tahun, surat panggilan masuk kerja akan dihantar untuk diserap sepenuhnya di bawah kerajaan samaada di hantar ke Hospital, klinik desa atau kesihatan mahupun komuniti.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengisi borang SPA8i :


1) Layari atau klik pada borang online SPA8i melalui link : http://www.spa.gov.my/

2. Klik pada bahagian Permohonan Jawatan.
dan seterusnya klik pada Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) seperti tertera.


3. Bagi pengguna yang belum mendaftar. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik bahagian daftar baru. Bagi mereka yang sudah mendaftar, dan ingin mengemaskini permohonan, dikehendaki login dengan memasukkan ID iaitu no Ic anda dan kata laluan.


3) Pengguna baru dikehendaki daftar baru dengan mengisi form tersebut dengan lengkap. Pastikan emel yang diberikan merupakan emel aktif di mana tujuan pemakluman akan dihantar melalui emel tersebut.



**  PERINGATAN:

- Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang diisi adalah betul kerana pendaftaran MyID hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.

- Sistem ini membenarkan pemohon menukar kata laluan sendiri melalui pautan Lupa Kata Laluan dan emel pengaktifan tidak akan lagi dihantar ke akaun emel pemohon.

- No. Telefon dan Emel akan digunakan untuk tujuan pemakluman sebarang urusan temuduga, peperiksaan dan lain-lain. Sila masukkan maklumat yang tepat dan terkini.


4) Siap mendaftar, anda akan diminta untuk mengisi bahagian Maklumat Pemohon dengan lengkap.


5) Siap bahagian Maklumat Pemohon, anda perlulah mengisi pula pada bahagian Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan. Semua maklumat ini diperlukan bagi memastikan jawatan yang dipohon bersesuaian dengan kelayakkan anda. 

6) Siap mengisi bahagian-bahagian tersebut, anda perlu klik bahagian Jawatan Dipohon untuk memilih jawatan yang bersesuain. Terdapat 4 kategori, iaitu SPM, PMR, Bakat Bersepadu dan Separa. Pemilihan jawatan adalah mengikut kelayakkan keputusan anda.

Anda pilih jer jawatan ikut kesukaan anda, tiada limit. Jangan lupa untuk isi bahagian bawah tu juga!

Bagi kategori Separa ni, macam admin cakap pada permulaan. Ia merupakan latihan yang dijalankan selama 3 tahun di bawah kendalian Bahagian Pengurusan Latihan dan KKM. Dapat elaun adik adik. Pilih la mana yang minat dan pilih yang mana jawatannya diperlukan banyak. :)

7) Kat situ juga, ada bahagian untuk permohonan jawatan PDRM. Klik ja situ and pilih kalau minat.

8) Dah siap simpan semua, klik bahagian Pengakuan Pemohon. Ni bahagian di mana anda perlu bersetuju dengan segala kenyataan dalam borang permohonan SPA8i ni adalah benar dan jawatan yang dipilih tu pon betul. Tick bahagian "saya setuju" pastu hantar, 



10) Siap isi semua, maka settle lah. Bahagian Resume tu lagi baik save. Kalau rajin print. Mana tau boleh jadi bukti isi borang SPA. Good Luck semua ! :D


***
MAKLUMAN :

1) Kalau rasa masih confuse, boleh baca panduan mengisi borang SPA8 dekat awal awal login tu.

2. Setelah permohonan selesai, anda perlu menunggu keputusan untuk panggilan temuduga dalam tempoh 12 bulan. Jika berjaya, sepucuk surat akan dihantar ke alamat rumah anda.

3. Sekiranya anda gagal mendapat panggilan dalam tempoh 12 bulan bermakna permohonan anda gagal. Dan permohonan hendaklah dikemaskini semula. Jangan cepat give up tau! kena sentiasa sabar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi SPA. http://www.spa.gov.my