Memaparkan catatan dengan label PLKN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PLKN. Papar semua catatan

Selasa, 4 Jun 2013

Semakan Calon PLKN 2014 | Tarikh Semakan Calon PLKN 2014 | PLKN 2014 |

Semakan senarai nama calon PLKN sesi 2014 secara online dan SMS. Calon yang berjaya mengikuti Program Latihan Khidmat Negara akan ditempatkan di lokasi Kem penempatan PLKN di setiap negeri. Terdapat beberapa Fasa atau siri pengambilan peserta PKLN dalam setahun.


Objektif Dan Matlamat PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Tarikh Semakan Calon PLKN 2014
Calon untuk PLKN sesi 2014 boleh disemak mulai bulan Julai 2013.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih ragu-ragu berkaitan PLKN, anda masih boleh membuat pertanyaan / aduan / cadangan secara terus dengan emelkan pertanyaan / aduan / cadangan tersebut ke upsrpmrspmstpm@yahoo.com, atau terus ke laman fan page di facebook http://www.facebook.com/PLKN2012 atau terus membuat pertanyaan / aduan / cadangan ke website rasmi PLKN http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=2897

Calon PLKN 2014
Calon yang tersenarai dan terpilih untuk mengikuti sesi latihan PLKN akan mengikuti latihan mulai Januari 2014. Pemilihan adalah berdasarkan prestasi pelajar dan juga dipilih secara rawak.

Semakan Senarai Nama PLKN 2014 Online
Untuk pengetahuan calon, semakan senarai nama yang berjaya boleh dibuat mulai bulan Julai 2013 ini. Harap maklum

Semakan SMS PLKN 2014
Taip: PLKN SEMAK <No KP anda> Hantar ke 15888

Nota: Applikasi semakan hanya boleh dibuat pada bulan Julai 2013 setelah sesi PLKN 2014 dibuka.

Maklumat Lanjut Program PLKN 2014
Sila layari http://apps1.khidmatnegara.gov.my/

*****************************************************************

NEWS : PLKN - Remaja 18 Tahun Ke Atas Wajib Sertai Menjelang 2014

Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan mewajibkan semua remaja berusia 18 tahun ke atas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjelang 2014, kata Pengerusinya Datuk Dr Tiki Lafe hari ini.

Namun begitu, beliau berkata remaja yang mengalami masalah kesihatan mental, tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), tahanan dan mereka yang menghidap penyakit berjangkit akan dikecualikan menyertai program tiga bulan itu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga mahu penglibatan semua remaja yang berusia 18 tahun ke atas di negara ini dalam PLKN.

"Ini adalah sasaran awal pelaksanaan PLKN sejak tahun 2004 tetapi kita menghadapi kekurangan sumber untuk menyediakan prasarana latihan serta jurulatih," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan PLKN Kumpulan 2 Siri 6/2009, di Kem Puncak Permai Bau, dekat sini, Ahad.

Pada masa ini, remaja yang berusia 18 tahun ke atas dipilih secara rawak untuk mengikuti PLKN di 83 buah kem di seluruh negara.


(Sumber: Bernama - 7/6/2009 - 18:18pm)


Aduan / Pertanyaan / Cadangan /
Email ke : upsrpmrspmstpm@yahoo.com
Laman Fan Page Facebook PLKN : http://www.facebook.com/PLKN2012
Maklumbalas di website PLKN : http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=2897
Website Rasmi PLKN : http://www.khidmatnegara.gov.my

Khamis, 7 Mac 2013

STPM : SPM : PMR : UPSR : TIPS/CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG


CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Isu-isu yang berkaitan dengan kecemerlangan pelajar kerap menjadi paparan televesyen dan surat khabar. Hal ini semakin hangat diperkatakan apabila keputusan PMR dan SPM dikeluarkan. Pada pandangan saya, semua pelajar berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang. Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.


  • Memiliki Sikap Rajin


 Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.


  • Displin Diri


Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.


  • Menghormati Ibu Bapa Dan Guru

         
Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.


  • Aktif Dalam Kokurikulum


Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti  kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.


  • Menjaga Kesihatan Diri


Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.
         
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam menyediakan kemudhan belajar. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu mengadakan program-program motivasi agar mereka terdorong untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar pula mestilah membuat persediaan lebih awal dalam menghadapi peperiksaan agar mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

Rabu, 13 Februari 2013

PLKN : PAKAIAN/PERALATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JLKN


PAKAIAN/PERALATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JLKN

1.1.1 Pakaian Celoreng
(a) 2 helai Baju Celoreng
(b) 2 helai seluar celoreng
(c) 1 pasang boot
(d) 2 pasang “sock worsted grey”
(e) 1 unit tali pinggang
(f) 1 unit Beret

1.1.2 Pakaian Sukan
(a) 2 helai baju T sukan
(b) 2 helai seluar sukan
(c) 1 pasang kasut sukan
(d) 2 pasang stokin putih
(e) 1 unit topi “baseball”

1.1.3 Pakaian Kelas
(a) 2 helai baju kelas
(b) 2 helai seluar kelas
(c) 1 pasang kasut hitam
(d) 1 unit tali pinggang
(e) 2 pasang stokin hitam

1.1.4 Lain-lain
(a) 2 helai tudung (untuk wanita muslim)
(b) 2 helai tuala
(c) 1 berus kasut
(d) 1 pengilat kasut

credit to : JLKN page

*gambar hiasan*

PLKN : WHAT TO BRING. (the complete one) 1

What To Bring For National Service/PLKN list : 

☞ Luggage. ( Bag pergi oversea )

A super-duper-damn BIG BIG BIG luggage! just choose the biggest one that u have. Trust me! u guys will know how important to own a big big luggage soon. =)

☞ A backpack. ( Bag galas biasa )
☞ Hair Shampoo. (750ml is enough for 3 months)

☞ Shower Cream.
I suggest u guys to bring those big bottles one. Better to buythose that can refill. And remember to bring refill pack of shower cream. Protex? Dettol? Radox? Lifebuoy?

☞ Facial Cleanser. (pembersih muka)
☞ Toothbrush & Toothpaste. ( Berus gigi and ubat nya )
☞ Hair Conditioner. *For GIRLS only :)
☞ Hair Combs. (sikat rambut)
☞ Nails Clipper without knife. (pengepit kuku tanpa pisau)
☞ Sweater.
☞ Plaster.
☞ Hair clips.
*For GIRLS only!* (pengepit rambut)
☞ Tissue Paper.
☞ Pen & Notebooks.
☞ Telekung, Songkok
(for Muslim)
☞ Paracetamol (Panadol)
☞ Plastic bags & Newspaper. (* For GIRLS only !!!*)
☞ Brush. (berus basuh baju)
☞ Oreo/ Tiger biscuit (Or u will need it when u jadi Pengawal Malam)
☞ 3 in 1 milo/coffee (Tak paksa, Just bring if u think u want.)
☞ Cup Noodles/ MAGGI in packs (dekat kem pon ada jual, ikot suka nk bwak ke tak)
☞ Water Bottle (botol air)
☞ Barang Barang dalaman.
☞ Rexona

☞ Hair Band.
(Getah rambut)
Remember bring extra hair band! Cause it's easy to lost.

☞ Towel. (tuala)
There will supply u a blue PLKN towel. Seriously, i think that towel is hard to absorb water. So, just bring ur own towel better! Remember to bring at least 2 towels.

☞ Handkerchief/Small Towel. (sapu tangan, tuala kecil)
Bring it if u think u need it to wipe ur tears? Or sweat? Or u can also use it to block the sun. =) How? ask me if u see me! i'll teach u the "direction". HAHAHA

☞ Black Socks. (sarung kaki)
They will supply u 2 pairs of white socks(for PT shoes), 2 pairs of black socks(for Kelas shoes) & 2 pairs of grey socks(for spike boot). But i suggest u to bring 2 more extra black socks because u'll need it well when ur socks belum kering.

☞ Mopiko.
This is really a MUST MUST MUST thingy!!! Because there would be tones of mosquitoes chasing u to bite. Be careful of it.

☞ Mosquito Repellent & Insects Repellent. (Penghalau nyamuk & Serangga penghalau.)
You need it well too! To prevent any mosquitoes bite, must bring it! Depends on u guys! Do remember too! Buy those products that can apply on face too! Or else, kenalah ur face.

Insects repellent is not important if u don't bring so. Maybe u just need it for Wirajaya(activities in FOREST). The most important is still MOSQUITO REPELLENT.

☞ Sunblock. 
Mesti bawa!!! Cause u'll be kawad-ing under a hot sun during 2-4 p.m. in the afternoon. WoW!!!! is syok if u didn't apply sunblock on ur skin. 2 obviously different skin colours. U'll check it out soon! ;D

☞ Slipper.
Go pasar malam and search for those kind of "crocs" slipper that only costs 10 ringgit. Or just use 'selipar jepun'. Use den throw it. No need to bring it back. it can prevent ur feet from mosquito bites when u enter the toilet just to brush ur teeth. U'll kena at least 10 bites within that short 5 minutes. =.=

☞ T-shirt.

Bring 2 or 3 T-shirt is enough. U only need to wear it during sleep or in dorm SAHAJA. Out of dorm, just can only wear the shirts they supplied for u. Don't bring too much! Or else u would face a problem when u packaging u luggage when u back. No matter how big ur luggage is, sure not enough place!

☞ Long/Short pants. (seluar pendek dan panjang)
Don't bring skirt. No one wear skirt in camp! =,=
u can either bring long or short pants. Same! U can only wear it when u're in dorm SAHAJA! For the 1st two weeks, u'll scare of mosqutio bites, then u'll choose to wear long pants. But when dah biasa, i'm sure u'll wear short pants due to the hot weather and it's more comfortable.
Yea!! 2 or 3 is enough.

☞ Blanket. (selimut)
Bring ur own blanket if u wanna have some smell of ur bed. HAHAHAHAHAHA
Depends on you. Setiap camp sudah sediakan blanket to you.

☞ Clothes Hanger. (penyidai baju)
Bring lots of it. They won't supply for u. U need to hang all ur shirts-2 inner loreng, 2 baju loreng, 2 seluar loreng, 2 baju kelas, 2 seluar kelas, 2 baju PT, 2 seluar PT and ur own clothes.

☞ Clothes Peg. (pengepit baju)
Buy 1 pack. U need it very well. And remember to write ur name on it, so that it won't lost and u can collect ur shirts without mixing with others one.

☞ Pail. (timba)
Bring it if u no need to take a flight. Those who take flight, u can just buy it at the kantin(somehow like our school koperasi) in camp.

☞ Handphone Handphone Charger/Battery Charger. ( sbg alat perhubungan)
The one and only entertainment in camp. I suggest u to bring those kind that can TAKE PHOTO. Because every moment in camp u should snap it down. U'll know how important to own that soon. But don't bring too expensive one like IPHONE la. tht's one you should give to me. hahaha

☞ Cotton swabs ( kapas telinga )
Need it to clear ur eyes. Or else u would be PEKAK for 3 months. MUAHAHAHAHA

☞ Febreze.
This is a MUST MUST MUST MUST MUST le!!!! Sometimes ur shirt would be smelly due to the rainy days. Or those clothes that send to dobi got a weird smell. U do need FEBREZE very well... ur "best buddy" in camp! ;D
I'm sure u'll spray it everyday and especially for the 1st day u reach there =x

☞ Alarm Clock. (Jam penggera)
There are no mama to kick u up! No rooster to noise u up too! So, bring an alarm clock... + battery along!

☞ Baju Tradisional.
Bring along is a better choice! Or else u have to borrow from ur friends. But is better to own yourself gok~ ;D Wear it for Pertandingan Lagu Patriotik, it will helps to tambah markah! :D

☞ Money.

Don't ask me bring how much. But what can i tell you is, there got no any ATM mesin for u to withdraw ur money.
Oh Yah!!! Don't forget to bring along SYILINGS. Syilings sre important in camp! Those phone are public phones. U can only call out using public phone in camp during weekdays. So, syilings are very important!!!

☞ IC, Documents
Your own IC, photostat IC, Birth Certificate, Parents' photostat IC & documents that the letter state to bring. Remember to memorize one of ur parents IC number!

☞ Washing Powder ( sabun basuh baju )
Is better to buy powder instead of using those liquid kind solution to wash ur clothes. whatever brand, Trojan? Breeze? Top? Softlan? Kuat Harimau? Good Maid? Fab? Dynamo? Daia? Downy?

☞ Warm Cup (cerek, periuk memasak, etc)
Bring it if u think u need to bancuh milo or cook maggi. Dun worry! there would be hot and cold water supplying for u guys!

☞ Lotion & Powder
Tak semestinya kena bawa. Depends on u if u feel like bringing!

☞ Thread & Needles (benang, jarum)
u gotta learn to sew ur shirt. Cause sometimes their shirts' button is easy to drop. Bring black & white thread. Depends on you

☞ Recycle Bag
Maybe u need it for the last day. Lots of "rubbish" u gotta bring back. Luggage is seriously not enough place for u. So, better bring recycle bag too!

☞ Torchlight (Lampu suluh)
u need it when being Pengawal Malam. Or going into jungle for Wirajaya activities.

☞ Camera
Bring it if u tak takut it will hilang. But every moment in camp should be snap down! All those sweet sweet memories u can't hunt it back next time....

credit to : HEW ANN LI




--> Direct link to another one list "PLKN: KEPERLUAN PERLU DIBAWA KE PLKN" (the simple one).. Do click :)

PLKN : TIPS SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PLKN


TIPS BUAT BAKAL PELATIH : 

## Sebelum Ke Kem PLKN

Ketika anda menerima surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyatakan anda terpilih untuk menyertai latihan PLKN, ia ada menyertakan beberapa perkara yang anda perlu lakukan dan senarai peralatan serta peraturan semasa berada di Kem latihan. Ada beberapa perkara yang anda harus lakukan sebelum bertolak ke kem.

1. Medical check-up di hospital dan klinik yang terpilih. (Bagi mereka yang ada masalah kesihatan)
2. Buka Akaun di mana-mana cawangan BSN untuk wang elaun. $$
3. Buat persiapan dari segi pakaian dan peralatan yang perlu dibawa ke kem PLKN.
4. Lengkapkan borang yang dilampirkan bersama surat pemilihan anda. Pastikan borang diisi selengkapnya.
5. Bagi bakal pelatih lelaki, potong rambutr. Untuk menjimatkan masa di dalam kem. Tak perlu beratur.
6.Jaga kesihatan anda. Pastikan anda sihat sebelum ke kem PLKN.

## Ketika Melapor Diri

Selepas melakukan persiapan dari rumah, tibalah waktunya dimana anda diminta melapor diri di tempat berkumpul yang telah ditentukan. Di sini ada beberapa langkah yang berguna untuk anda yang telah terpilih.

1. Pakai Pakaian yang sesuai ketika melapor diri. Jangan berpakaian ketat. Bagi yang tidak bertudung, Pakai la T-Shirt & Seluar Track serta berkasut. Dinasihatkan agar tidak memakai Jeans kerana di dalam kem, Jeans tidak dibenarkan.
2. Datang awal ke tempat berkumpul yang ditentukan. Pastikan anda membawa semua barang yang perlu. Jangan lupa juga untuk membawa borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.
3. Paling penting, jangan lupa bawa Kad Pengenalan anda.

## Semasa di Kem

1. Pastikan anda meminum air putih secukupnya. Lebih 8 gelas pun tidak menjadi masalah kerana anda akan kehilangan banyak air ketika melakukan aktiviti.

2. Jangan sesekali skip makan (Sarapan/Minum Pagi/ Makan Tengahari/ Minum Petang/ Makan Malam/Supper) kerana anda memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melakukan aktiviti dan pihak pengurusan lebih tahu apa yang anda perlukan.

3. Dengar kata-kata jurulatih kerana merekalah 'ibu bapa' anda ketika berada di dalam kem.

4. Bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Kalau boleh libatkan diri sebanyak yang mungkin dalam semua aktiviti. Peluang ini hanya datang sekali, so kalau anda lepaskan, rugi..

5. Bak kata pepatah 'berkawan biar seribu', carilah seberapa banyak kawan yang sama-sama mengikuti PLKN. Merekalah keluarga anda ketika masih di dalam kem. Jangan menyombong diri kerana semua pelatih adalah sama dan anda mungkin akan merindui mereka selepas tamat program PLKN.

6. Cuba tonjolkan diri dan kebolehan anda, mungkin ketika di luar, anda adalah seorang yang pasif tapi cuba untuk jadi seorang yang aktif di dalam kem. Beranikan diri untuk melakukan perkongsian terbuka, beri pendapat dan macam-macam lagi.

## Ketika Tamat Latihan

Selepas tiga bulan, kini tibalah masanya dimana latihan yang anda jalani selama ini tamat. Anda akan dianugerahkan sijil dan juga dilabel sebagai bekas pelatih.

1. Selepas perbarisan tamat latihan, dan sebelum pulang pastikan anda telah menyusun semua barang yang anda bawa kembali di dalam beg anda. Pendek kata, semua barang milik anda. Pastikan tiada yang tertinggal kerana anda mungkin tidak akan dapat mengambilnya semula.

2. Pastikan anda mengembalikan barang yang sepatutnya dikembalikan pada pihak kem. Barang-barang tersebut adalah:-
-Pakaian celoreng (2 pasang)
-Tali Pinggang Medan (1 pasang)
-Boots (1 Pasang)
-Cadar (1 Helai)
-Selimut (1 Helai)

3. Jangan sesekali mengambil barang yang bukan milik anda. Contohnya, Pakaian orang lain, gayung di bilk mandi, baldi ataupun tilam dan bantal.

4. Ketika bertolak pulang, pastikan anda bangun dan bersiap awal. Jangan lupa menaiki bas yang betul!

** Semoga 3 bulan di PLKN membawa 1001 kenangan dan pengalaman buat anda, bakal Wira & Wirawati!

credit to : WarnaPLKN

Ahad, 17 Jun 2012

Semakan Calon PLKN 2013 | Tarikh Semakan Calon PLKN 2013 | PLKN 2013 |

Tarikh Semakan PLKN 2012. 

Buat masa ini, semakan PLKN Siri 10/2013 masih belum dikeluarkan dan kebiasaannya senarai nama semakan PLKN akan di keluarkan selepas kumpulan 3 tamat menjalani latihan dan selalunya di hujung tahun.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih ragu-ragu berkaitan PLKN, anda masih boleh membuat pertanyaan / aduan / cadangan secara terus dengan emelkan pertanyaan / aduan / cadangan tersebut ke upsrpmrspmstpm@yahoo.com, atau terus ke laman fan page di facebook http://www.facebook.com/PLKN2012 atau terus membuat pertanyaan / aduan / cadangan ke website rasmi PLKN http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=2897


Aduan / Pertanyaan / Cadangan /
Email ke : upsrpmrspmstpm@yahoo.com
Laman Fan Page Facebook PLKN : http://www.facebook.com/PLKN2012
Maklumbalas di website PLKN : http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=2897
Website Rasmi PLKN : http://www.khidmatnegara.gov.my